LoVe My FrieNds

Nov 11, 2010

NasiK Vs GeMok

Beberapa ari lepas, tengah baca surat khabar Metro. Ntah bila punya metro pun dah x ingat dah yang penting artikal ni membuatkan aku tertarik coz menarik deb0m gitu. Merepek la plak, kembali ke pangkal jalan.hihihihi. Artikel berbunyi bertulis cam ni ......



"RaMai YaNg MeNyaLahKaN NaSi SeBaGai PuNca KeGeMuKaN, TeTaPi HaKiKaTnYa NaSi TiDaK BeRsaLaH. Apa SaLaH iaLaH KuaNtiRi YaNg KiTa AmBiL."


Huh, ada sapa-sapa ka yang salahkan nasi?? Bukan nasi salah, yang pi ambil banyak tu pasal pa. Ambik sikit ja, yang ambik nasi menggunung sampai kalah ABC tu memang la x boleh kata apa. Membesar la kamo0 ngan pesat kalau makan banyak cam tu.

Kalau nak makan jer kena ada nasik.Klu x dak nasi cam x sempurna la hidangan. Cam tu juga la apa yang ku alami, nak diet x boleh c0z x boleh berenggang ngan nasi.Kalau tahan pun sehari je la, esok lusa cari nasi juga balik.Hihihi....
  

So, apa yang aku nak habaq kat sini klu korang nak kurus tu jangan la makan nasi banyak sangat no.Hehehe....Bukan tak bagi makan nasi, boleh tu boleh tapi kurangkan kuantiti dan bersenam..Dan, kabe2 skit makan tu, lagi-lagi makanan percuma..huhuhuhuhu...
 

Sukarelawan II

2nd day....StoRy FrOm PicTuRe : Bertempat di Sungai Johor Alor Star, Kedah.

Gambar kami dak petronas tunggu bas datang ambil.   
                                              
Membasuh kain yang kotor.

 Lap Cermin

Cuci karpet dan tikar getah, sambil pozing depan cam.hehehe..

Membasuh perabot yang berlumpur sambil di perhatikan oleh big boss.hehhee..

 
Cik maya selepas selesai cuci kain.
Dalam kereta nak baik ke tempat berkumpul sukarelawan.

Sukarelawan I

09/11/2010 hari pertama pergi membantu mangsa banjir di Taman Tabung Haji, Kedah. UUM bergabung dengan USIM membantu mangsa-mangsa yang memerlukan. Kebanyakan rumah memang teruk coz air memang naik lebih tinggi dari tahun 2005.Kiranya, ini adalah banjir paling teruk di Negeri Kedah kerana dari pengalaman orang sana rumah yang tak pernah banjir pun banjir, rumah yg dulunya banjir paras paha dah naik paras pinggang. Ribuan terima kasih kepada UUM dan USIM kerana membantu menggurangkan beban mangsa banjir kita.
Waktu taklimat pembahagian rumah.Setiap rumah akan dihantar seramai 4 atau 2 orang pelajar untuk membantu. Semua bersemangat dan tidak sabar untuk membantu mangsa banjir.



Rumah pertama, rumah dah basuh tapi pinggan mangkuk tak basuh lagi.Banyak sangat pinggan mangkuk yang perlu di basuh. Gambar ni menunjukkan gambar pinggan yang belum dibasuh, tempat membasuh dan selepas cucian. Masalah di sini ialah air sangat2 kecil dan menyebabkan proses cucian lambat sedikit dan memerlukan kami mengangkat air dari luar rumah. Apa-apa pun, kerja berpasukan yang diberikan oleh najwa, fira (aku la ni) dan syakila menghasilkan kerja yang memuaskan (puji tu,hahaha..)

Antara gambar-gambar lain :
Cik najwa basuh pinggan.

Syakila susun pinggan mangkuk.

Potong serai, kt sini dorang gotong royong masak tuk bagi makan penghuni taman Tabung Haji.

Menolong orang taman membasuh ayam.

PeNaTnya..........


Sangat2 penat coz sudah 2 hari jadi sukarelawan...sampaikan nk tulis blog p0n dh x larat dh...badan loteh, tido pn awal la...hehhehhehhe.....

Nov 9, 2010

Nasik LeMak...


Ini gambar apa???? Hah, x tau..Memang la hang bukan orang Malaysia. Hahahhaa..Kejam plak ayat aku. K, tukar2 ayat ni "hang bukan orang Malaysia". Klu x tau, maknanya x penah makan lah tu. Baik x ayat aku yang ni.(pasan jap) Hahahhahaha... Yang atas tu gambar nasi lemak standard punya. Coz dulu2 nasi lemak ada nasi + ikan bilis + sambal + telur rebus ( tu pun siap belah 4 lg) + timun pas tu bungkus pakai daun pisang. Simple n harga murah. Murah time zaman aku la, sapa yang lahir 5 tahun pas aku tu jangan cakap la, korang mmg x merasa nasi lemak 50sen. Huhuhu..bangga la plak.Walaupun 50sen tapi banyak tau, konyang lagi. Sekarang yang harga RM1.00 tu pun kalah ngan nasi lemak 50sen mkck kantin skolah aku dulu.

Tapi tu dulu,sekarang lain dah. Bukan Takat Malaysia berkembang maju, ngan harga2 makanan skali ik0t maju ke depan. Huhuhu... Nasi lemak sekarang bukan macam zaman aku, sekarang dah jadik pelbagai spesis. Harga pun jangan cakap la, mahal mengikut spesis2 yang yang ada. Tapi kalau teringin nak makan sangat, harga mahal pon siap tutup sebelah mata lagi. X pa, janji puas ati. (^_^)..

Tuk kukuhkan hujah aku ni, aku selit la gambar2 nasi lemak yang di inovasikan menjadi lebih sedap dan lebih mahal. Tp sebelum tu aku nak kata, pic ni aku ambik kt google jer, bukan p lawatan restoran ke restoran or dari warung ke warung. Internet kan ada, guna lah sepenuhnya. Hehehee.....

Siap ada papadom n kepah g...Betul x, aku pn men ckp ja..huhuhu..

Yang ni siap ada sambal tauhu lg...

Nasi lemak ayam kampung..ayam bandar ada x????

Ni macam nasik campur pn ada juga..

Nasi lemak moden, siap ada sotong...Yg tu kari kah????? pelik2..

Ha, yang ni puas ati...Makan sorang2 pun boleh. Kalau x kenyang juga x tau la.Hahahaha..

Cukup beberapa pic ni la, klu add suma penuh panjang la plak. Banyak betol spesis nasi lemak dan makin banyak pilihan untuk kita kan..Walau macam mana rupa nasi lemak or ada nama baru yang dorang bagi. Hujung pangkalnya tetap NASI LEMAK...MAKANAN MALAYSIA.

p/s :aku x tau la asal usul nasi lemak.Mayb bukan terdapat di malaysia sahaja.Mungkin ada di singapura (ada kot) mungkin juga ada di negara jiran2 (sapa tahu kn..)Nk wat kajian menyeluruh x dak masa..huhuuhu...tp sy bangga jadi rakyat malaysia (ada kaitan x ngan artikel aku ni.Hahahhaa...)