LoVe My FrieNds

Jul 6, 2014

STPM !!!!

Hai..
Assalammualaikum..

Lama tak update blog. Hari ni memaksa diri untuk menjenguk blog yang lama di tinggalkan. Ilham untuk menulis entry terbaru tu ada. Tapi semua tersekat kat kepala otak ja. Tak terkeluar, tak terluah dan hilang macam tu sahaja.

Sekarang ni bulan puasa. Jadi di kesempatan ini ingin saya mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat selamat menjalankan ibadah puasa. (skema pula ayat aku, Sopan.. hehe..)

Ni nak story lain sebenarnya, bulan lepas punya cerita. Kisahnya aku nak pi bayar bil streamyx kat bank BSN. Aku tak tau pula waktu tu lepasan budak sekolah nak beli pin UPU. Kelakar bila sampai kaunter, pegawai BSN tu belek2 borang pembayaran (aku guna slip bank) beserta wang RM100.00.

Pegawai BSN : STPM??

Aku muka blur, dalam hati dah gelak sakan.

Aku : Eh, x la. Sy mo bayar streamyx.

Pegawai BSN : Oh, hehehe... (sambil bercakap dgn diri sendiri "stpm" pas tu gelak, sebut lg "stpm" pas tu dia  gelak lg)

Time ni aku pon ikut sama2 gelak la. Kawan dia kaunter sebelah pon senyum jer.

Mak aku kata aku ni cam mak2 orang dah rhupanya walaupun hakikatnya bujang. Ari tu aku rasa muda la. Sebab aku lepasan STPM 10 tahun yang lepas. huhuhuhu...

Adiosss...

0 comments: