LoVe My FrieNds

Jun 5, 2014

SEBAB AWAK ADA YANG PUNYA

Hadirmu membawa kebahagiaan
Buat aku tersenyum
Buat aku tertawa
Buat aku gembira

Hadirmu membawa seribu makna
Meninggalkan perasaan yang berbeza
Meninggalkan rasa istimewa
Meninggalkan sesuatu di hati

Tapi  apakan daya
Bagimu  aku hanyalah kawan
Bagimu aku hanyalah teman
Bagimu aku hanyalah sahabat

Meluahkan aku tak mampu
Melepaskan pula terasa berat
Memilih kekal sahabat  pilihanku
Mencintaimu biar aku saja yang tahu

Aku gembira begini
Cukuplah melihat  kau tertawa
Cukuplah melihat kau bahagia
Sabab awak ada yang punya…


-Sophie-

May 29, 2014

KENANGAN PILU

Kenangan  yang pilu
Menyesak jiwa
Mengundang air mata
Meninggalkan kesan di hati

Mengimbas kenangan pilu
Hati merasa sakit
Kerana luka yang tercalar
Mengundang lara tak berkesudahan


-Sophie-

APA ITU CINTA???


Adakah bahagia, gembira, ketawa itu cinta?
Adakah derita, berduka, menangis itu cinta?
Apa itu cinta sebenarnya?
Persoalan bermain di fikiran…

Cinta???
Adakah jawapannya begitu abstrak?
Adakah jawapan tidak mampu di ungkap dengan kata?
Adakah jawapan hanya diketahui dalam perhubungan?

Orang kata,
Cinta itu pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran.
Cinta itu perasaan saling memberi dan menerima seadanya.
Cinta bersulam keikhlasan membawa ke gerbang perkahwinan.

Tapi cinta aku,
Kenapa menyakitkan?
Kenapa melukakan?
Kenapa mengecewakan?

Aku mencari jawapan.
Aku mencari makna
Aku mencari ungkapan.
Apa sebenar-benarnya makna cinta…


-Sophie -

ANTARA


Antara rindu yang tak terucap
Antara rindu yang tergantung
Antara rindu yang tak kesampaian

Ia cinta yang tak terucap
Ia cinta yang tergantung
Ia cinta yang tak kesampaian


-Sophie -

Jan 7, 2014

MEREPEK??? TEREPEK??? KEREPEK?????

EH, DAH MASUK TAHUN 2014...
SELAMAT TAHUN BARU. HOPE TIDAK TERLAMBAT UNTUK MENGUCAPKAN..

Sudah lama aku tak buka blog aku ni wehh. Siap follower dah bertambah jadi 102 orang. Walaupun blog aku cam harem ntah apa-apa ntah tetap ada yang sudi bertandang. Terima kasih atas sokongan korang. Aku terharu wehhh... (ayat gedik ni).

Bila aku baca semula semua posting a.k.a entry dahulu kala, zaman purba, zaman batu dan zaman kuno aku. What the !@#$%&??? Banyaknya ketidakmatangan aku dalam penulisan. Bhahaha... Maaflah kerana kamu terpaksa membacanya. Ala, oke la tu. Menulis ikut tema apa: "Menulis untuk kepuasan diri sendiri". So, ada aku kisah. kehkehkeh......

Memang entry-entry aku dahulu kala tak menarik, boring, merepek, kekadang terepek. Nasib baik tak jadi kerepek. Tapi kalau jadi kerepek pun oke juga. Sambil baca korang dapat makan kerepek. Nah, tak ke hebat. Tapi mana ada baca blog kuar makanan depan skrin. Memang berangan la. Kalau ada hari-hari aku buka sebab nak dapat kerepek percuma. hahaha...

Walaubagaimanapun, untuk tahun baru ni aku tak menjanjikan entry-entry yang gempak, penulisan yang bombastik, blablabla...etc. Aku cuma berharap korang dapat membaca entry aku dengan penuh kesabaran. Errrr...


bubye..bubye...
lama-lama kang aku merepek bukan-bukan.
adios..
SEMOGA TAHUN 2014 MENJADI TAHUN YANG BERMAKNA BUAT KITA SEMUA.