LoVe My FrieNds

Showing posts with label BiLa XieRza StuDy. Show all posts
Showing posts with label BiLa XieRza StuDy. Show all posts

Sep 20, 2011

New Semester BegiN

haannccummmmmm......
haacummmm...hacummmm...
perghh...berhabuk bl0g aku.
tebal siot...
jap2..vecumm dulu........
haa..bersih p0n...

lama aku x update blog aku.
dari bulan puasa sampai ke raya.
ntah..disebabkan aku cuti sem maka blog aku pun cuti sem juga.
tapi dah masuk belajar, maka blog aku pn mula bekerja la..
hehehhee....

skang aku masuk tahun ke3 sem 5..
tak sangka cepat masa berlalu.
aku rasa baru saja masuk uum dah nak habis.

cam biasa minggu pertama sibuk dengan add drop kelas.
kelas aku ok jer semua tapi ada satu subjek terpaksa tukar gr0up.
tapi last2 aku dr0p kelas tu, but sem depan kompem ambik..
kau tunggu...hehehhee...

sekarang dah masuk minggu kedua..
kelas semua dah makin serius...
asignment jangan cakap..memang aku dah dapat dah.
kuiz ada juga......
pr0jek lagi lah....pening2...
aku akan buat yang terbaik dan ikut kemampuan.

s0, bermula la perjalanan aku untuk sem 5.
-New Semester BegiN-

p/s: selamat masuk belajar kawan2, jangan ingat rumah lagi.fokus...huhu..

Jan 12, 2011

ZaMaN KeGeMiLaNgaN FoRm 6 (^_^)

Ni la kelas form 6 di SEMEKAR
Waktu ni kt0rang ntah brapa ramai, x ingat.
Tapi kt0rang 1 kelas saja & semuanya rapat.
Tu la tempat duduk asal aku.
Dari 6 bawah sampai 6 atas aku d0k sana.
Why dok blakang??
Sebab aku lambat masok form6.
Yg wat peace tu my friend name Dina.
Dah kawen p0n, tp aku x pi.
Coz waktu tu aku Kt semenanjung.
Ni la kelemahan blajar jauh2.
Kawan2 kawen x dapat datang.
Kalau balik or pi kantin p0n pi sama2. Best kan.
huhuhu...waktu form 6 kebanyakan kt0rang pegang jawatan.
So, kena la bekerjasama.
Waktu tak ada guru, mula la wat hal masing2.
Ada yg study, ada yang tid0, ada yg berangan, ada yg merayap ntah ke mana dan tidak kurang juga ada yang berg0sip.Hahahahhahhaha.....
Waktu makan p0n bleh lepak lagi.
Ikut bet0l, x bleh bawa nasi balik hostel.
But, ntah apa kes.Bawa ja..Makan..
Last paper STPM.
Terus merayap sekitar SEMEKAR.
Wajah2 ceria habis FinaL.
Dapat jawab ke tak dapat ke suma muka ceria.
Last day kt0rang sama2.
Sampi gerbang kitorang jalan.
Nasib bek semekar ni x la besar sangat.
Jadi boleh la r0und dengan berjalan kaki.
Zaman Kegemilangan form 6

p/s : waktu skolah menengah dulu waktu paling sr0nok. gembira jumpa ramai kawan dan sampai sekarang masih kawan. waktu form 6 memang best, tapi lagi best kalau x-semekarian pelajar 1985 (1998-2004) berkumpul.










Jan 4, 2011

Citer Time Aku CoM0t2 DuLu.Time DaRjaH Satu La..

Aku tengok berita ari tu. Tg0k keadaan adik2 kita darjah satu masuk skolah.. Macam2 gelagat bleh nampak. Bukan stakat adik2 kita ja, mak bapa p0n ikot teruja datang sk0lah. Siap Tunggu sampai habis skolah tu. Sapa sebenarnya nk masuk skolah ni?? Huhuhuhu...Aku gelak ja teng0k adik2 tu, ada yang nangis, ada yang lari ada n ada juga yang trus lupa mak ayah dia. Ya lah, teruja sangat..Hahahhahaa....Waktu tengok gelagat dorang tu, terimbas kembali kenangan waktu aku darjah satu.Perghh.....Aku pun lebih kurang sama ngan dorang juga k0t...

Waktu darjah satu, mak aku yang hantar n daftarkan aku. Aku ari first cm besa la, tersengih2 cam kerang busuk. Jumpa guru kelas, bleh plak dia cakap klu aku nakal dia nk gigit aku. Aku trauma sampai sekarang. Hahahhahhaa....X dak la trauma sangat, takat berbekas kt otak aku smpi sekarang la. Brapa tahun dh aku tinggalkan alam sekolah rendah..19 tahun.Fuh..aku still ingat. Korang x asa ke otak aku ni memang mempunyai daya ingatan yang kuat. Hahahhaa...Prasan skejap.

Lagi, ari pertama juga... Aku sebenarnya pemalu. Pemalu x bertempat. Memang hampeh la time tu. Waktu rehat la masa saat2 sedih aku. Dengan berbekalkan 50sen, aku pi kantin..Oh my g0d, ramainya makhluk..Aku memang x biasa ngan situasi ni. Apa lagi aku blah ja dari kantin wlupun perut aku dah berdendang irama malaysia dah. Time tu asa nak nangis sbb lapar. Huaaaaa...sob..sob..sob. Pas tu kakak aku satu skolah ngan aku, dia darjah 2 n aku darjah satu..Kiranya dia senior la... Aku ngadu la kat dia, bleh dia cakap aku ni bodo sbb pasal tu p0n takut. Hah, kan dah kena. pas tu dia bagi aku mkn kacang jer..Ishk2, kedekot.. Tapi aku bersyukur la juga sbb ada juga makanan untuk dikunyah..huhuhu.....

Setiap ari, bekalan aku 50sen sahaja. Dan kebanyakan ktorang waktu tu 50sen dah cukup. Zaman sekarang, RM2 pun blum tentu cukup..Nak tau sebab apa, 20sen bleh beli nasi lemak or me goreng n 30sen boleh beli air.Murah kan...Sapa yang lahir selepas beberapa generasi aku tu memang malang la..Hahhahahahhahaa.....Hah, pasal peristiwa aku tak brani pi kantin tu hanya bertahan untuk beberapa hari saja lah. X sampai seminggu, aku asa aku paling brani kot. Siap boleh main tolak2 lagi waktu nak membeli.. Hambik..Dari kecik sampi kebesar aku asyik berebut, sampai masuk U pun aku still berebut.Bereut naik bas..Hahhahahaha....

Eh, aku merepek la plak. Balik semula ke pangkal jalan...Pasal aku jadi dak darjah satu. Lagi, masa darjah satu tu aku memang la tak pandai lagi pasal bab sebutan2 ni. Maklumlah, waktu tadika dia cikgu x ajar nak sebut nama pelik.Waktu darjah satu, ada 2 orang pelajar lelaki aku x bleh sebut nama. Sorang aku x pandai sebut nama dia n yang sorang aku x reti nak sebut nama bapa dia. Klu ku ingat balik, sebenarnya senang ja nak sebut. Maybe time tu kecik lagi k0t, lidah pun keras cam kayu lagi, tu pasal susah nak sebut. Tapi moral of the story, aku ingat nama dorang sampai sekarang wlu bertahun dah x jumpa..Terharu x dapat kawan cam aku.Hahahhaa....

Time dalam kelas, waktu tu la kita bleh lihat sesi suai kenal. Ni bab paling aku x suka..Hahhahaha...Tapi klu berkenalan sesama sebdiri aku suka. Macam citer aku ni, waktu tu duduk satu kelompok, meja sambung berdepan2.Jadi, dia bleh tg0k aku, aku leh tg0k muka dia. Jadi, hubungan tu cepat ja terjalin. Ceh, ada conecti0n gitu..hahahha..Aku x bleh lupa lagi sejarah perkenalan tu. Cewahhh...."hye, siapa nama ko?"... "o0, nama saya maya.yg sebelah ko tu kawan ko kah?"... "iya, nama dia sri.sebelah ko sepa?".."yang ni sepupu saya, nama dia erna"..."O0oo...bleh kita kawan???"..."bha, bleh bha..pas ni kita kawan aa..." wwaaaa...............tetiba aku touching la plak...Hahahhaa...

Banyak lagi kisah aku time zaman aku c0mot dulu.( mcm la sekarang aku x c0mot) Hahahhaha.....Tapi, aku kongsi yang ni ja lah. Sbb karang klu aku menggarang panjang lebar korang pun x larat baca kan. So, aku st0p la. Nanti, bila ada crita yanng aku nak k0ngsi lagi aku p0stkn.Huhuhu...

Waktu sekolah menengah, Time darjah satu x ambik gambar.Huhuhu..
Ni time aku Form 6.Hah,yang paling c0mel tu aku la tu. Hahahhaa..Perasan lagi.





Dec 5, 2010

SaTu KetiKa DuLu...Miss This TiMe


Rindu saat2 blaja di Kolej Yayasan Melaka.
Dapat plak kawan2 yang baik n memahami.
Sangat2 di rindui....
Kalau dulu, bleh kumpul ramai2....
Skang, wat reunion pun lom tentu dapat jumpa (aku la tu, Bz memanjang)



Miss them al0t..
Love y0u my friends.
Hope we can sit together again.
Flashback all our memories.

Dec 3, 2010

Study Men2..


Gini la rupa meja aku klu dh start study..
Penuh2...smpi kn buku len x dak ruang..
Jadi, katil aku pun jadi tempat buku2 len menumpang kasih..
4 dis, paper BKAL yg lebih terkenal ngn nama perakaunan.
Ntah apa aku blaja, semak ja meja...


wahahahhaa....Bukan stakat buku ja nompang atas katil.
Ngan tapawer p0n ada.
Dalam tapawer tu ada krepek....
Saja x simpan, coz senang nk capai klu kebulur.
hehehehee.................


Yang ni plak antara pen yg aku guna untuk wat nota.
Ni baru separuh...
Aku x tayang lagi kotak pen aku...
Meraung Meroyan Terkezut korg tengok.
Sayang plak dekat pen2 aku yg banyak berjasa ni.
Huhuhu...

Lagi pic aku wktu study akaun..
Bosan tahap gaban katakan..
Tu pasal ambik gambar..
ehheee.................
Tadaa...
Ni la picture nya...malas rotate..
Korang pandai2 la pusingkn kepala korung or terbalikkan laptop korunk untuk melihat view sebenar.
Ehehehehe..

Nov 15, 2010

Salah Satu BahagiaN asgMnt OB

Asigmnt subjek Gelagat Organisasi (OB) ni pasal kajian wanita sebagai sorang pemimpin. Aku letak banda ni dalam sini wat bahan bacaan. Kadang2 kena juga kongsi benda2 seyes cm ni. Baru berkembang skit otak ni..Hehehhee..

PERBEZAAN KEPIMPINAN WANITA DAN LELAKI DALAM SESEBUAH ORGANISASI
Terdapat ramai dalam kalangan wanita yang berjaya menjadi pemimpin. Walaupun terdapat perbezaan yang nyata dari segi fizikal, namun terdapat persamaan antara lelaki dan wanita sekiranya dilihat dari aspek bidang pekerjaan. Bukan semua pekerjaan yang dilakukan adalah khusus untuk satu golongan sahaja. Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki. Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak perbezaan di dalam corak kepimpinan antara lelaki dan wanita. Perbezaan ini merangkumi pelbagai aspek seperti perbezaan gelagat membuat keputusan, cara menyelesaikan konflik, personaliti, emosi, motivasi, dan sikap.
Proses membuat keputusan yang rasional adalah dengan mengenalpasti masalah, mengenalpasti objektif keputusan, menilai situasi, menilai alternatif, memilih tindakan yang terbaik, melaksanakan keputusan, memperolehi maklumbalas, dan seterusnya mengambil tindakan susulan. Proses membuat keputusan antara pemimpin wanita dan lelaki adalah berbeza. Pemimpin wanita lebih berhati-hati dan mengkaji setiap kesan yang bakal mendatang sekiranya sesuatu keputusan diambil berbanding pemimpin lelaki yang lebih mengikut emosi. Emosi adalah sesuatu yang dirasai oleh seseorang secara dalaman. Perkataan ‘emosi’ bermakna ‘gerakan tenaga’ yang berasal dari perkataan Latin (Childre dan Martin,1999). Menurut mereka, pengalaman emosi seseorang memberi kesan terhadap sel-sel otak dan ingatan, lalu membentuk corak-corak yang mempengaruhi perlakuan seseorang. Emosi seseorang sukar ditentukan secara objektif. Dalam sesebuah organisasi, tidak semua orang mempunyai emosi yang sama. Ini adalah kerana reaksi emosi seseorang adalah bergantung kepada jenis personaliti mereka. Wanita sememangnya sudah lumrah mempunyai sikap ketelitian dalam melakukan sesuatu tugas. Walaupun begitu, sikap sebegini selalu disalah tafsir dengan menyatakan ia adalah sikap cerewet. Pemimpin lelaki selalunya lebih ego dalam proses membuat keputusan. Mereka tidak dapat menerima pandangan dan cadangan dari orang bawahan. Dalam proses membuat keputusan yang rasional, setiap pemimpin perlu mengetahui kemampuan diri dan dapat menggunakan ilmu yang ada untuk memikirkan kesan kepada keputusan yang diambil.
Seterusnya, perbezaan yang ketara antara pemimpin wanita dan lelaki adalah melalui cara menyelesaikan konflik dalam organisasi. Konflik merupakan suatu elemen dalam kehidupan manusia sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Ianya tercetus disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan orang lain samada majikan, rakan sekerja, keluarga sendiri atau individu lain yang perlu berurusan dengannya. Antara tanda-tanda sesuatu konflik itu timbul adalah disebabkan oleh sikap tidak berkerjasama, percanggahan personaliti, perbezaan matlamat, kekurangan maklumat berguna, dan kurang kerjasama. Pemimpin wanita selalunya akan cuba memahami konflik yang sedang dihadapi dan cuba melengkapkan dirinya dengan strategi untuk menangani sendiri konflik tersebut. Pemimpin wanita mempunyai sikap yang lebih terbuka iaitu sedia mendengar masalah, memberi keyakinan, membimbing, meneroka masalah, mentafsir, dan menggalakkan komunikasi. Pemimpin wanita sentiasa positif dalam apa jua situasi dan tenang menghadapi sebarang masalah dalam organisasi. Mereka berusaha untuk  menyelesaikan konflik dalam organisasi secepat yang mungkin dan memastikan pengurusan organisasi sentiasa berjalan lancar mengikut matlamat organisasi. Berbeza dengan pemimpin lelaki yang selalunya memandang remeh tentang konflik yang berlaku di dalam organisasi. Mereka lebih fokus kepada perkara-perkara yang penting tanpa menghiraukan konflik yang terjadi di dalam organisasi. Dalam hal ini, pemimpin sepatutnya sedar bahawa untuk menyelesaikan sesuatu konflik pepimpin perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang efektif terutamanya antara pihak atasan dan para perkerja. Kepemimpinan pengurusan atasan dalam organisasi juga harus menunjukkan sikap dan role model yang baik kepada para pekerja.
Personaliti yang menarik merupakan satu aset penting dalam memastikan masyarakat sekeliling merasa yakin dengan kemampuan seseorang pemimpin. Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon-pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan. Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan yang merujuk kepada beberapa aspek seperti perangai, sentimen, kecerdasan, kepercayaan, cita-cita, dan nilai-nilai. Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu. Dua faktor yang utama tersebut adalah faktor baka atau genetik dan faktor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut. Wanita sememangnya mempunyai personaliti yang menarik., terutamanya wanita yang terlibat dalam bidang korporat. Mereka lebih mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu mempengaruhi individu di sekeliling mereka. Pemimpin wanita lebih mementingkan kesempurnaan dan kekemasan dalam melakukan sesuatu tugas dan hal ini berbeza dengan pemimpin lelaki yang kurang mengambil berat tentang perkara-perkara seperti ini. Hanya segelintir diantara mereka yang mementingkan hal yang berkaitan dengan personaliti.
Gaya kepimpinan antara lelaki dan wanita mungkin terdapat perbezaan antaranya ialah dari aspek sikap kedua-dua golongan ini. Beberapa kajian mendapati golongan lelaki lebih cenderung ke arah gaya ‘mengarah dan mengawal’. Mereka bergantung pada jawatan atau kuasa yang terdapat dalam jawatan rasmi bagi memberikan asas rangsangan. Bagi golongan wanita pula dikatakan lebih cenderung ke arah gaya kepimpinan yang demokratik. Mereka menggalakkan penyertaan, pembahagian kuasa dan maklumat serta cuba meningkatkan perasaan menghargai diri setiap pengikutnya. Mereka lebih suka memimpin melalui penglibatan ahli dan menggunakan karisma, kepakaran, hubungan, dan kemahiran perorangan mereka bagi mempengaruhi orang lain.
Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan yang terus menerus kepada seseorang atau sesuatu benda. Malah, keupayaan untuk mengalami emosi yang berlainan pada masa yang sama membuatkan diri kita sebagai manusia yang unik. Kajian menunjukkkan bahawa wanita mempunyai emosi yang tinggi berbanding wanita. Kajian ahli psikologi moden, telah mengatakan bahawa lelaki dan wanita menunjukkan cara emosi yang berlainan bergantung kepada penghantaran dan penerimaan emosi. Malah, ahli psikologi juga telah mengatakan bahawa wanita mengekpresikan emosi mereka melalui ekpresi atau reaksi muka dan komunikasi interpersonal. Manakala, kebanyakan lelaki mengekpresikan emosi mereka melalui tindakan atau perbuatan. Sekiranya dalam organisasi, kita dapat lihat perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita iaitu sebagai seorang pemimpin ketika membuat sesuatu perkara atau membuat keputusan. Merujuk kepada jantina, wanita lebih beremosi dalam membuat sesuatu perkara atau dalam proses membuat keputusan berbanding lelaki yang lebih tenang dan kurang menunjukkan emosi mereka.
Komunikasi adalah proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih dengan tujuan untuk berkongsi maklumat. Melalui aspek ini, kita dapat lihat bahawa terdapat perbezaan di antara pemimpin lelaki dan wanita  cara bagaimana mereka berkomunikasi dalam organisasi. Cara lelaki berkomunikasi adalah satu isu perbincangan dalam satu masa, penyampaian maklumat secara ringkas, pertuturan langsung dan spontan, gemar berbalah, berminat pada fakta dan isu penting manakala cara wanita berkomunikasi pula adalah pelbagai isu perbincangan serentak dalam satu masa, penyampaian maklumat secara terperinci, pertuturan ekpresif dan bersintesis, gemar berkompromi, berminat pada cerita panjang dan hal rumit.
Motivasi adalah keinginan seseorang untuk berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat organisasi di samping berkeupayaan untuk memenuhi keperluan individu itu sendiri. Terdapat beberapa elemen penting dalam mendasari aspek motivasi ini iaitu usaha, matlamat organisasi dan keperluan individu. Dalam aspek ini, golongan wanita lebih bermotivasi dalam sesebuah organisasi berbanding golongan lelaki. Kebiasaannya pemimpin atau pengurus wanita lebih bermotivasi dengan sentiasa mahukan perkara yang lebih baik dan sentiasa memperbaiki segala kelemahan mereka berbanding dengan golongan lelaki yang sekadar berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Tambahan lagi, menurut Kinicki & Williams terdapat lima kepentingan motivasi pengurus. Salah satunya ialah kehadiran pekerja. Dalam kebanyakan organisasi, masalah ketidakhadiran dan ketepatan masa adalah masalah yang sering berlaku. Hal ini sememangnya ada kaitan dengan motivasi di antara lelaki dan wanita. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kebiasaanya masalah ketidakhadiran ini banyak datangnya dari lelaki. Hal ini membuktikan bahawa kurangnya motivasi dalam diri bagi seseorang lelaki dalam organisasi berbanding wanita.

Nov 13, 2010

1st PaPer FiNaL ExaM

Sepatutnya paper 1st 8 nov, tp sbb banjir exam tangguh start 21 nov. Tergendala aku nak balik awal. Ntah bila nk balik.ishk2...Eh, bukan pasal ni aku nk cakap.hahahhaha....Sebenarnya, nk habaq. Paper 1st aku, bersamaan 21 Nov 2010 paper Transport Theory & Practise. Risau la plak c0z cm tak tau jer nak jawab apa. Takat ni asanya maksud logistik jer melekat kat otak aku..Mana yang lain..Uwaaaa....Apa aku nk jawab exam ni..

Salah satu buku rujukan aku yg perlu di gunakan..Oh Logistis, 
I Lap U.....Lalalalaa....

Nov 12, 2010

Biaq Beto0i ni...

Kalendar akademik tuk sem depan dh berubah. X kisah la, maybe ada kebaikannya juga. Tapi yang aku heran tu, cuti sem depan 15 MINGGU..15 WEEKS..Biaq beto0i.Cuti lebih kurang 3 bulan.Panjang tu beb...Huh, aku asa2 lah kan.Otak aku tepu klu cuti panjang2 ni..Masuk sem baru cam asa sem 1 je nnt.huhuhuhu...Tak pa la, mana tau time cuti panjang tu ada koje berpaedah aku leh wat kan...


Huh, Kepada student UUM, ni jadual kita tuk sem depan..Sila ambik perhatian N jgn terkezut atas perubahan ini.hahhahahha...


ACADEMIC CALENDAR SESSION A101 & A102 (10 NOV)

by Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia on Wednesday, November 10, 2010 at 7:09pm
Assalamualaikum and warm greetings to all.

There have been a lot of changes in the academic calendar but now its been finalized not just for UUM but by the KPT (Ministry of Higher Education) themselves. Here are the new calendar:-

------------------------------------------------------------------------------
SESSION A101 (JULY- DECEMBER 2010)
------------------------------------------------------------------------------
08 November 2010 - 20 November 2010 - Exceptional holiday
21 November 2010 - 13 December 2010 - Exam period
14 December 2010 - 14 January 2011 - Semester break


------------------------------------------------------------------------------
SESSION A102 (JANUARY 2011 - MAY 2011)
------------------------------------------------------------------------------

15 January 2011 - 02 February 2011 (3 weeks) - Learning period
03 February 2011 - 11 February 2011 (1 week) - Chinese New Year/ Mid semester holiday
12 February 2011 - 28 April 2011 (11 weeks) - Learning period
29 April 2011 - 06 May 2011 (1 week) - Study week
7 May 2011 - 26 May 2011 (3 weeks) - Exam period
27 May 2011 - 09 September 2011 (15 weeks) - Semester break

------------------------------------------------------------------------------

Holidays
  • Hari Raya Qurban - 17-18 Nov 2010
  • Christmas - 25 December 2010
  • Chinese New Year - 3-4 February 2011
  • Labour Day - 1 May 2011
  • Wesak Day - 17 May 2011


*Any other changes will not happen unless its convenient to.
*Its under MINISTRY OF HIGHER EDUCATION amendments.
--------------------------

Regarding the ADD/DROP, we still collecting all the information about it. Will be informed once we got it. Please be patient =)
& Yes, the best news is that we got 15 weeks semester break next semester. so =). 

Nov 7, 2010

BiLa XieRza StuDy

SEMEKAR






BiLa XieRza StuDy, satu labels yg akan ku coret dalam blog ni...Tentang kisah alam sekolah, kolej n  universiti yang tersayang.... Tersayang kah??Huhuhuhu..Sayang2....Sapa x syg tempat kita menuntut ilmu kn..Mula2 tu mmg la x sayang, tp bila dh tinggalkan alam persekolahan, alam menuntut ilmu baru kita akan rasa betapa istimewanya waktu kita masih blaja...(cm poyo je ayt aku ni..x kisah..hahhahahhaa)
Kolej Yayasan Melaka


Sekarang aku masih blaja lagi....Org ckp ni Universiti dalam hutan...Tapi aku mmg suka hutan2 ni.(ceh,berlagak la plak.huhuhuhu...) Klu dh nama universiti dalam hutan tu UUM la nmanya.. Hahhahaha...Tp aku x rasa p0n dalam hutan, c0z masih lagi ada kemudahan2 yg sepatutnya..Cuma istimewanya, kt sni leh rasa cm dalam Zo0...Leh tgok monyet, musang, rusa...kucing p0n ada..hihihihihi..

UUM

Sebel0m masuk Universiti, aku sempat la menjadi plajar k0lej..Result x bagus sgt pas STPM, so x leh masuk Universiti masuklah Kolej.....Mahal gila yuran dia, setiap sem aku dapat pegang RM100 je duit PTPTN..Pergh...Nyesal masok, tapi teruskan je la c0z ni la jalan yg ku pilih.....Alamak, lupa nk kenalkan..Nama Kolej aku dlu tu KYM..Tau ka??k la aku bg nma penoh..Kolej Yayasan Melaka...Berpijak juga aku di tanah penuh bersejarah .Huhuhuhuhu...


Tapi utk skolah rendah x dak la.. MeMori Missing..hehehee... Walaubagaimanap0n (ayt skema la plak..hhuhuhhu), aku still ingt nama skolah time aku kecik2 tau....Dari kecik aku blaja.Tp blaja kt tmpt yg dh diperbadankan 1st skali aku mas0k taski skali ngn kakak aku.Pas Taski aku masuk Tadika Kemas.Setelah aku graduate Tadika, aku masuk la skolah rendah..Siap ambik 2 sesi tu, pagi petang...Pagi kena blaja kt S.K Pekan 1 Ranau & petang Kna p S.U.I Pekan Ranau.....huhuhuhu...Aku ingt p0n nama skolah aku kn.Bangga giler la wlu dh berpuluh tahun tinggal. Klu nk p skolah tu p0n kompom smpi la, x sesat g..mana2 tmpt persembunyian pun aku leh ingt g...tp wktu sekolah rendah aku baik skit..masok skolah menengah tu aku nakal ckit..Ye la, dah bergabong ngn kawan2 kepala...huhuhuhu..T la aku citer....Akan Ku flashback balik 1001 kisah aku dalam alam menuntut ilmu...(^_^)