kt adi widget ada mcm2 widget yg leh di ambik tuk menyemakkn lg bl0g korank...hahahaha...mencantikkan actuly. slamat mencuba.....
LoVe My FrieNds
Nov 25, 2010
Nov 19, 2010
HilLaRioUs BuT TRUE!!!!
Got This Hillarious Truth from someone....
*************************************
This is the fact about marriages!!
The L Word:
6 weeks: I love U, I love U, I love U
6 months: Of course I love U
6 years: GOD, if I didn't love U, then why the hell
did I propose?
Back from Work:
6 weeks: Honey, I'm home
6 months: BACK!!
6 years: What did your mom cook for us today??
Gifts:
6 weeks: Honey, I really hope you liked the ring
6 months: I bought you a painting; it would fit the
motif in the living Room
6 years: Here's the money. Buy yourself something
Phone Ringing:
6 weeks: Baby, somebody wants you on the phone
6 months: Here, for you
6 years: PHONE RINGING
Cooking:
6 weeks: I never knew food could taste so good!
6 months: What are we having for dinner tonight?
6 years: AGAIN!!!!
Apology:
6 weeks: Honey muffin, don't you worry, Ill never hold
this against you
6 months: Watch out! Don't do it again
6 years: What's not to understand about what I just
said??
New Dress:
6 weeks: Oh my God, you look like an angel in that
dress
6 months: You bought a new dress again???
6 years: How much did THAT cost me?
Planning for Vacations:
6 weeks: How do 2 weeks in Vienna or anywhere you
please sound??
6 months: What's so bad about going to Istanbul on a
charter plane?
6 years: Travel? What's so bad about staying home???
TV:
6 weeks: Baby, what would you like us to watch
tonight?
6 months: I like this movie
6 years: I'm going to watch ESPN, if you're not in the
mood, go to Bed, I
can stay up by myself !!
Ultraman Blind Pulau Pinang Malaysia.
*************************************
This is the fact about marriages!!
The L Word:
6 weeks: I love U, I love U, I love U
6 months: Of course I love U
6 years: GOD, if I didn't love U, then why the hell
did I propose?
Back from Work:
6 weeks: Honey, I'm home
6 months: BACK!!
6 years: What did your mom cook for us today??
Gifts:
6 weeks: Honey, I really hope you liked the ring
6 months: I bought you a painting; it would fit the
motif in the living Room
6 years: Here's the money. Buy yourself something
Phone Ringing:
6 weeks: Baby, somebody wants you on the phone
6 months: Here, for you
6 years: PHONE RINGING
Cooking:
6 weeks: I never knew food could taste so good!
6 months: What are we having for dinner tonight?
6 years: AGAIN!!!!
Apology:
6 weeks: Honey muffin, don't you worry, Ill never hold
this against you
6 months: Watch out! Don't do it again
6 years: What's not to understand about what I just
said??
New Dress:
6 weeks: Oh my God, you look like an angel in that
dress
6 months: You bought a new dress again???
6 years: How much did THAT cost me?
Planning for Vacations:
6 weeks: How do 2 weeks in Vienna or anywhere you
please sound??
6 months: What's so bad about going to Istanbul on a
charter plane?
6 years: Travel? What's so bad about staying home???
TV:
6 weeks: Baby, what would you like us to watch
tonight?
6 months: I like this movie
6 years: I'm going to watch ESPN, if you're not in the
mood, go to Bed, I
can stay up by myself !!
Ultraman Blind Pulau Pinang Malaysia.
CiRi2 Sum oNe Luv U
1. Org yg mencintai kamu tak pernah memberikan alasan knapa dia mencintai kamu yg dia tahu di matanya hanya ada kmu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Org yg mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, dimatanya kmu selalu yg pling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kmu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Org yg mencintai kmu selalu ingin tahu tentang apa saja yg kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Org yg mencintai kmu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi", "slmt hari minggu","slmt malam" walopun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akn menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Org yg mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yg kmu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yg berharga buatnya.
8. Org yg mencintai kmu slalu mengingati stiap kata2 yg kmu ucapkan bahkan mgkin kata2 yg kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Org yg mencintai kmu akn belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD/cassette kmu, krana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya jga.
10. Kalau terakhir kali kmu bertemu kmu sdang sakit mungkin flu, pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan mmbawa pngaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara drpd seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sdang mmikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang mernduknmu dan mlakukan hal2 yg mmbuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mngulanginya lg.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kmu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih mnyimpan msg kamu walopun pesan itu sdah kamu kirim sejak brbulan2 bahkan brtahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan mnghilangkan diri kehidupnmu,walopun hal itu mmbunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merndukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.
p/s Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada, jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan mnyesal melakukannya kerna ia hanya akan datang sekali
Nov 15, 2010
Salah Satu BahagiaN asgMnt OB
Asigmnt subjek Gelagat Organisasi (OB) ni pasal kajian wanita sebagai sorang pemimpin. Aku letak banda ni dalam sini wat bahan bacaan. Kadang2 kena juga kongsi benda2 seyes cm ni. Baru berkembang skit otak ni..Hehehhee..
PERBEZAAN KEPIMPINAN WANITA DAN LELAKI DALAM SESEBUAH ORGANISASI
Terdapat ramai dalam kalangan wanita yang berjaya menjadi pemimpin. Walaupun terdapat perbezaan yang nyata dari segi fizikal, namun terdapat persamaan antara lelaki dan wanita sekiranya dilihat dari aspek bidang pekerjaan. Bukan semua pekerjaan yang dilakukan adalah khusus untuk satu golongan sahaja. Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki. Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak perbezaan di dalam corak kepimpinan antara lelaki dan wanita. Perbezaan ini merangkumi pelbagai aspek seperti perbezaan gelagat membuat keputusan, cara menyelesaikan konflik, personaliti, emosi, motivasi, dan sikap.
Proses membuat keputusan yang rasional adalah dengan mengenalpasti masalah, mengenalpasti objektif keputusan, menilai situasi, menilai alternatif, memilih tindakan yang terbaik, melaksanakan keputusan, memperolehi maklumbalas, dan seterusnya mengambil tindakan susulan. Proses membuat keputusan antara pemimpin wanita dan lelaki adalah berbeza. Pemimpin wanita lebih berhati-hati dan mengkaji setiap kesan yang bakal mendatang sekiranya sesuatu keputusan diambil berbanding pemimpin lelaki yang lebih mengikut emosi. Emosi adalah sesuatu yang dirasai oleh seseorang secara dalaman. Perkataan ‘emosi’ bermakna ‘gerakan tenaga’ yang berasal dari perkataan Latin (Childre dan Martin,1999). Menurut mereka, pengalaman emosi seseorang memberi kesan terhadap sel-sel otak dan ingatan, lalu membentuk corak-corak yang mempengaruhi perlakuan seseorang. Emosi seseorang sukar ditentukan secara objektif. Dalam sesebuah organisasi, tidak semua orang mempunyai emosi yang sama. Ini adalah kerana reaksi emosi seseorang adalah bergantung kepada jenis personaliti mereka. Wanita sememangnya sudah lumrah mempunyai sikap ketelitian dalam melakukan sesuatu tugas. Walaupun begitu, sikap sebegini selalu disalah tafsir dengan menyatakan ia adalah sikap cerewet. Pemimpin lelaki selalunya lebih ego dalam proses membuat keputusan. Mereka tidak dapat menerima pandangan dan cadangan dari orang bawahan. Dalam proses membuat keputusan yang rasional, setiap pemimpin perlu mengetahui kemampuan diri dan dapat menggunakan ilmu yang ada untuk memikirkan kesan kepada keputusan yang diambil.
Seterusnya, perbezaan yang ketara antara pemimpin wanita dan lelaki adalah melalui cara menyelesaikan konflik dalam organisasi. Konflik merupakan suatu elemen dalam kehidupan manusia sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Ianya tercetus disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan orang lain samada majikan, rakan sekerja, keluarga sendiri atau individu lain yang perlu berurusan dengannya. Antara tanda-tanda sesuatu konflik itu timbul adalah disebabkan oleh sikap tidak berkerjasama, percanggahan personaliti, perbezaan matlamat, kekurangan maklumat berguna, dan kurang kerjasama. Pemimpin wanita selalunya akan cuba memahami konflik yang sedang dihadapi dan cuba melengkapkan dirinya dengan strategi untuk menangani sendiri konflik tersebut. Pemimpin wanita mempunyai sikap yang lebih terbuka iaitu sedia mendengar masalah, memberi keyakinan, membimbing, meneroka masalah, mentafsir, dan menggalakkan komunikasi. Pemimpin wanita sentiasa positif dalam apa jua situasi dan tenang menghadapi sebarang masalah dalam organisasi. Mereka berusaha untuk menyelesaikan konflik dalam organisasi secepat yang mungkin dan memastikan pengurusan organisasi sentiasa berjalan lancar mengikut matlamat organisasi. Berbeza dengan pemimpin lelaki yang selalunya memandang remeh tentang konflik yang berlaku di dalam organisasi. Mereka lebih fokus kepada perkara-perkara yang penting tanpa menghiraukan konflik yang terjadi di dalam organisasi. Dalam hal ini, pemimpin sepatutnya sedar bahawa untuk menyelesaikan sesuatu konflik pepimpin perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang efektif terutamanya antara pihak atasan dan para perkerja. Kepemimpinan pengurusan atasan dalam organisasi juga harus menunjukkan sikap dan role model yang baik kepada para pekerja.
Personaliti yang menarik merupakan satu aset penting dalam memastikan masyarakat sekeliling merasa yakin dengan kemampuan seseorang pemimpin. Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon-pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan. Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan yang merujuk kepada beberapa aspek seperti perangai, sentimen, kecerdasan, kepercayaan, cita-cita, dan nilai-nilai. Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu. Dua faktor yang utama tersebut adalah faktor baka atau genetik dan faktor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut. Wanita sememangnya mempunyai personaliti yang menarik., terutamanya wanita yang terlibat dalam bidang korporat. Mereka lebih mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu mempengaruhi individu di sekeliling mereka. Pemimpin wanita lebih mementingkan kesempurnaan dan kekemasan dalam melakukan sesuatu tugas dan hal ini berbeza dengan pemimpin lelaki yang kurang mengambil berat tentang perkara-perkara seperti ini. Hanya segelintir diantara mereka yang mementingkan hal yang berkaitan dengan personaliti.
Gaya kepimpinan antara lelaki dan wanita mungkin terdapat perbezaan antaranya ialah dari aspek sikap kedua-dua golongan ini. Beberapa kajian mendapati golongan lelaki lebih cenderung ke arah gaya ‘mengarah dan mengawal’. Mereka bergantung pada jawatan atau kuasa yang terdapat dalam jawatan rasmi bagi memberikan asas rangsangan. Bagi golongan wanita pula dikatakan lebih cenderung ke arah gaya kepimpinan yang demokratik. Mereka menggalakkan penyertaan, pembahagian kuasa dan maklumat serta cuba meningkatkan perasaan menghargai diri setiap pengikutnya. Mereka lebih suka memimpin melalui penglibatan ahli dan menggunakan karisma, kepakaran, hubungan, dan kemahiran perorangan mereka bagi mempengaruhi orang lain.
Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan yang terus menerus kepada seseorang atau sesuatu benda. Malah, keupayaan untuk mengalami emosi yang berlainan pada masa yang sama membuatkan diri kita sebagai manusia yang unik. Kajian menunjukkkan bahawa wanita mempunyai emosi yang tinggi berbanding wanita. Kajian ahli psikologi moden, telah mengatakan bahawa lelaki dan wanita menunjukkan cara emosi yang berlainan bergantung kepada penghantaran dan penerimaan emosi. Malah, ahli psikologi juga telah mengatakan bahawa wanita mengekpresikan emosi mereka melalui ekpresi atau reaksi muka dan komunikasi interpersonal. Manakala, kebanyakan lelaki mengekpresikan emosi mereka melalui tindakan atau perbuatan. Sekiranya dalam organisasi, kita dapat lihat perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita iaitu sebagai seorang pemimpin ketika membuat sesuatu perkara atau membuat keputusan. Merujuk kepada jantina, wanita lebih beremosi dalam membuat sesuatu perkara atau dalam proses membuat keputusan berbanding lelaki yang lebih tenang dan kurang menunjukkan emosi mereka.
Komunikasi adalah proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih dengan tujuan untuk berkongsi maklumat. Melalui aspek ini, kita dapat lihat bahawa terdapat perbezaan di antara pemimpin lelaki dan wanita cara bagaimana mereka berkomunikasi dalam organisasi. Cara lelaki berkomunikasi adalah satu isu perbincangan dalam satu masa, penyampaian maklumat secara ringkas, pertuturan langsung dan spontan, gemar berbalah, berminat pada fakta dan isu penting manakala cara wanita berkomunikasi pula adalah pelbagai isu perbincangan serentak dalam satu masa, penyampaian maklumat secara terperinci, pertuturan ekpresif dan bersintesis, gemar berkompromi, berminat pada cerita panjang dan hal rumit.
Motivasi adalah keinginan seseorang untuk berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat organisasi di samping berkeupayaan untuk memenuhi keperluan individu itu sendiri. Terdapat beberapa elemen penting dalam mendasari aspek motivasi ini iaitu usaha, matlamat organisasi dan keperluan individu. Dalam aspek ini, golongan wanita lebih bermotivasi dalam sesebuah organisasi berbanding golongan lelaki. Kebiasaannya pemimpin atau pengurus wanita lebih bermotivasi dengan sentiasa mahukan perkara yang lebih baik dan sentiasa memperbaiki segala kelemahan mereka berbanding dengan golongan lelaki yang sekadar berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Tambahan lagi, menurut Kinicki & Williams terdapat lima kepentingan motivasi pengurus. Salah satunya ialah kehadiran pekerja. Dalam kebanyakan organisasi, masalah ketidakhadiran dan ketepatan masa adalah masalah yang sering berlaku. Hal ini sememangnya ada kaitan dengan motivasi di antara lelaki dan wanita. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kebiasaanya masalah ketidakhadiran ini banyak datangnya dari lelaki. Hal ini membuktikan bahawa kurangnya motivasi dalam diri bagi seseorang lelaki dalam organisasi berbanding wanita.
Nov 14, 2010
BeRtuNaNg TaNpa SeDar
BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!
Ha, ambik perhatian suma. Sedar atau x sedar yang kamu dah bertunang. Artikel ni aku nampak time skodeng facebo0k. Mungkin ada yang dah baca dan ada yang belum baca. Jadik, aku letak lah dalam blog aku, untuk korang baca...Dan, cuba ingat balik.Korang sebenarnya dh tunang atau belum.Teett...hahahhaha...
Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.
Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)
