LoVe My FrieNds

Nov 15, 2010

Salah Satu BahagiaN asgMnt OB

Asigmnt subjek Gelagat Organisasi (OB) ni pasal kajian wanita sebagai sorang pemimpin. Aku letak banda ni dalam sini wat bahan bacaan. Kadang2 kena juga kongsi benda2 seyes cm ni. Baru berkembang skit otak ni..Hehehhee..

PERBEZAAN KEPIMPINAN WANITA DAN LELAKI DALAM SESEBUAH ORGANISASI
Terdapat ramai dalam kalangan wanita yang berjaya menjadi pemimpin. Walaupun terdapat perbezaan yang nyata dari segi fizikal, namun terdapat persamaan antara lelaki dan wanita sekiranya dilihat dari aspek bidang pekerjaan. Bukan semua pekerjaan yang dilakukan adalah khusus untuk satu golongan sahaja. Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki. Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak perbezaan di dalam corak kepimpinan antara lelaki dan wanita. Perbezaan ini merangkumi pelbagai aspek seperti perbezaan gelagat membuat keputusan, cara menyelesaikan konflik, personaliti, emosi, motivasi, dan sikap.
Proses membuat keputusan yang rasional adalah dengan mengenalpasti masalah, mengenalpasti objektif keputusan, menilai situasi, menilai alternatif, memilih tindakan yang terbaik, melaksanakan keputusan, memperolehi maklumbalas, dan seterusnya mengambil tindakan susulan. Proses membuat keputusan antara pemimpin wanita dan lelaki adalah berbeza. Pemimpin wanita lebih berhati-hati dan mengkaji setiap kesan yang bakal mendatang sekiranya sesuatu keputusan diambil berbanding pemimpin lelaki yang lebih mengikut emosi. Emosi adalah sesuatu yang dirasai oleh seseorang secara dalaman. Perkataan ‘emosi’ bermakna ‘gerakan tenaga’ yang berasal dari perkataan Latin (Childre dan Martin,1999). Menurut mereka, pengalaman emosi seseorang memberi kesan terhadap sel-sel otak dan ingatan, lalu membentuk corak-corak yang mempengaruhi perlakuan seseorang. Emosi seseorang sukar ditentukan secara objektif. Dalam sesebuah organisasi, tidak semua orang mempunyai emosi yang sama. Ini adalah kerana reaksi emosi seseorang adalah bergantung kepada jenis personaliti mereka. Wanita sememangnya sudah lumrah mempunyai sikap ketelitian dalam melakukan sesuatu tugas. Walaupun begitu, sikap sebegini selalu disalah tafsir dengan menyatakan ia adalah sikap cerewet. Pemimpin lelaki selalunya lebih ego dalam proses membuat keputusan. Mereka tidak dapat menerima pandangan dan cadangan dari orang bawahan. Dalam proses membuat keputusan yang rasional, setiap pemimpin perlu mengetahui kemampuan diri dan dapat menggunakan ilmu yang ada untuk memikirkan kesan kepada keputusan yang diambil.
Seterusnya, perbezaan yang ketara antara pemimpin wanita dan lelaki adalah melalui cara menyelesaikan konflik dalam organisasi. Konflik merupakan suatu elemen dalam kehidupan manusia sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Ianya tercetus disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan orang lain samada majikan, rakan sekerja, keluarga sendiri atau individu lain yang perlu berurusan dengannya. Antara tanda-tanda sesuatu konflik itu timbul adalah disebabkan oleh sikap tidak berkerjasama, percanggahan personaliti, perbezaan matlamat, kekurangan maklumat berguna, dan kurang kerjasama. Pemimpin wanita selalunya akan cuba memahami konflik yang sedang dihadapi dan cuba melengkapkan dirinya dengan strategi untuk menangani sendiri konflik tersebut. Pemimpin wanita mempunyai sikap yang lebih terbuka iaitu sedia mendengar masalah, memberi keyakinan, membimbing, meneroka masalah, mentafsir, dan menggalakkan komunikasi. Pemimpin wanita sentiasa positif dalam apa jua situasi dan tenang menghadapi sebarang masalah dalam organisasi. Mereka berusaha untuk  menyelesaikan konflik dalam organisasi secepat yang mungkin dan memastikan pengurusan organisasi sentiasa berjalan lancar mengikut matlamat organisasi. Berbeza dengan pemimpin lelaki yang selalunya memandang remeh tentang konflik yang berlaku di dalam organisasi. Mereka lebih fokus kepada perkara-perkara yang penting tanpa menghiraukan konflik yang terjadi di dalam organisasi. Dalam hal ini, pemimpin sepatutnya sedar bahawa untuk menyelesaikan sesuatu konflik pepimpin perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang efektif terutamanya antara pihak atasan dan para perkerja. Kepemimpinan pengurusan atasan dalam organisasi juga harus menunjukkan sikap dan role model yang baik kepada para pekerja.
Personaliti yang menarik merupakan satu aset penting dalam memastikan masyarakat sekeliling merasa yakin dengan kemampuan seseorang pemimpin. Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon-pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan. Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan yang merujuk kepada beberapa aspek seperti perangai, sentimen, kecerdasan, kepercayaan, cita-cita, dan nilai-nilai. Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu. Dua faktor yang utama tersebut adalah faktor baka atau genetik dan faktor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut. Wanita sememangnya mempunyai personaliti yang menarik., terutamanya wanita yang terlibat dalam bidang korporat. Mereka lebih mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu mempengaruhi individu di sekeliling mereka. Pemimpin wanita lebih mementingkan kesempurnaan dan kekemasan dalam melakukan sesuatu tugas dan hal ini berbeza dengan pemimpin lelaki yang kurang mengambil berat tentang perkara-perkara seperti ini. Hanya segelintir diantara mereka yang mementingkan hal yang berkaitan dengan personaliti.
Gaya kepimpinan antara lelaki dan wanita mungkin terdapat perbezaan antaranya ialah dari aspek sikap kedua-dua golongan ini. Beberapa kajian mendapati golongan lelaki lebih cenderung ke arah gaya ‘mengarah dan mengawal’. Mereka bergantung pada jawatan atau kuasa yang terdapat dalam jawatan rasmi bagi memberikan asas rangsangan. Bagi golongan wanita pula dikatakan lebih cenderung ke arah gaya kepimpinan yang demokratik. Mereka menggalakkan penyertaan, pembahagian kuasa dan maklumat serta cuba meningkatkan perasaan menghargai diri setiap pengikutnya. Mereka lebih suka memimpin melalui penglibatan ahli dan menggunakan karisma, kepakaran, hubungan, dan kemahiran perorangan mereka bagi mempengaruhi orang lain.
Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan yang terus menerus kepada seseorang atau sesuatu benda. Malah, keupayaan untuk mengalami emosi yang berlainan pada masa yang sama membuatkan diri kita sebagai manusia yang unik. Kajian menunjukkkan bahawa wanita mempunyai emosi yang tinggi berbanding wanita. Kajian ahli psikologi moden, telah mengatakan bahawa lelaki dan wanita menunjukkan cara emosi yang berlainan bergantung kepada penghantaran dan penerimaan emosi. Malah, ahli psikologi juga telah mengatakan bahawa wanita mengekpresikan emosi mereka melalui ekpresi atau reaksi muka dan komunikasi interpersonal. Manakala, kebanyakan lelaki mengekpresikan emosi mereka melalui tindakan atau perbuatan. Sekiranya dalam organisasi, kita dapat lihat perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita iaitu sebagai seorang pemimpin ketika membuat sesuatu perkara atau membuat keputusan. Merujuk kepada jantina, wanita lebih beremosi dalam membuat sesuatu perkara atau dalam proses membuat keputusan berbanding lelaki yang lebih tenang dan kurang menunjukkan emosi mereka.
Komunikasi adalah proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih dengan tujuan untuk berkongsi maklumat. Melalui aspek ini, kita dapat lihat bahawa terdapat perbezaan di antara pemimpin lelaki dan wanita  cara bagaimana mereka berkomunikasi dalam organisasi. Cara lelaki berkomunikasi adalah satu isu perbincangan dalam satu masa, penyampaian maklumat secara ringkas, pertuturan langsung dan spontan, gemar berbalah, berminat pada fakta dan isu penting manakala cara wanita berkomunikasi pula adalah pelbagai isu perbincangan serentak dalam satu masa, penyampaian maklumat secara terperinci, pertuturan ekpresif dan bersintesis, gemar berkompromi, berminat pada cerita panjang dan hal rumit.
Motivasi adalah keinginan seseorang untuk berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat organisasi di samping berkeupayaan untuk memenuhi keperluan individu itu sendiri. Terdapat beberapa elemen penting dalam mendasari aspek motivasi ini iaitu usaha, matlamat organisasi dan keperluan individu. Dalam aspek ini, golongan wanita lebih bermotivasi dalam sesebuah organisasi berbanding golongan lelaki. Kebiasaannya pemimpin atau pengurus wanita lebih bermotivasi dengan sentiasa mahukan perkara yang lebih baik dan sentiasa memperbaiki segala kelemahan mereka berbanding dengan golongan lelaki yang sekadar berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Tambahan lagi, menurut Kinicki & Williams terdapat lima kepentingan motivasi pengurus. Salah satunya ialah kehadiran pekerja. Dalam kebanyakan organisasi, masalah ketidakhadiran dan ketepatan masa adalah masalah yang sering berlaku. Hal ini sememangnya ada kaitan dengan motivasi di antara lelaki dan wanita. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kebiasaanya masalah ketidakhadiran ini banyak datangnya dari lelaki. Hal ini membuktikan bahawa kurangnya motivasi dalam diri bagi seseorang lelaki dalam organisasi berbanding wanita.

Nov 14, 2010

BeRtuNaNg TaNpa SeDar



BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!


Ha, ambik perhatian suma. Sedar atau x sedar yang kamu dah bertunang. Artikel ni aku nampak time skodeng facebo0k. Mungkin ada yang dah baca dan ada yang belum baca. Jadik, aku letak lah dalam blog aku, untuk korang baca...Dan, cuba ingat balik.Korang sebenarnya dh tunang atau belum.Teett...hahahhaha...


Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Nov 13, 2010

MayBe













Photobucket





BeRkoRbaN UnTuK KaWaN??

a:kau rase kita kawan sampai bila?
b:sampai mati!

a:kenapa kau ckp mcm tu?

b:sbb aku syg kau!

a:kau rase jarak mase kite berkwn berapa lama?

b:5minit lg!

si 'a' terdiam lalu bertanya lagi:
a:apa yg kau ckp ni?5minit?kata smpai kita mati?


lalu si b hanya tersenyum.

slps 5 minit,

si 'a' yg melintas hampir-hampir dilanggar kereta tetapi diselamatkn oleh si 'b'.

benar kata orang tua-tua,bila hayat hampir tamat,kita dapat rasakannya.

lalu si 'b' berkata:
b:aku tepati janji aku.aku berkwn dgn kau sampai aku mati.lalu tersenyum gembira.

si 'a' hanya mampu menangis

TeQuiLa aNd SaLt



Tequila and Salt


This should probably be taped
to your bathroom mirror
where one could read it every day.
You may not realize it,
but it's 100% true.


1. There are at least two people in this world
that you would die for.


2.. At least 15 people in this world
love you in some way.


3. The only reason anyone would ever hate you
is because they want to
be just like you.


4. A smile from you can bring happiness to anyone,
even if they don't
like you.


5. Every night,
SOMEONE thinks about you
before they go to sleep.


6. You mean the world to someone.


7. You are special and unique.


8. Someone that you don't even know exists loves you.


9. When you make the biggest mistake ever,
something good comes from it.


10. When you think the world
has turned its back on you
take another look.



11. Always remember the compliments you received...
Forget about the rude remarks.


So...........
If you are a loving friend,
send this to everyone,
including the one that sent it to you.
If you get it back, then they really do love you.


And always remember...
when life hands you Lemons,
ask for Tequila and Salt and call me over!



Good friends are like stars..........
You don't always see them,
But you know they are always there.


"Whenever God Closes One Door He Always Opens Another, Even Though
Sometimes It's Hell in the Hallway"



I would rather have one rose and a kind word
from a friend while I'm here
than a whole truck load when I'm gone.

Happiness keeps You Sweet,
Trials keep You Strong,
Sorrows keep You Human,
Failures keeps You Humble,
Success keeps You Glowing,
But Only
God keeps You Going