LoVe My FrieNds

Dec 31, 2010

Lada PuTih..

Ni la lada putih. Kawan2 yg di semenanjung ada tanya cam mana rupa lada putih tu. 1st time aku cakap lada putih dorang ingat lada putih yang serbuk or biji2 tu. Huhuhu... X pa, ari ni aku bagi tg0k pic lada putih.. Bukan la putih sangat pun, tp dr aku kecik hingga ke besar suma orang panggil lada putih. Takat ni aku x penah lg dengar orang panggil lada kuning.. Klu ada, aku gelak dlu la. Hahahhaha....
Time ni aku nak memasak sebenarnya, tetiba ada idea nak masukkan entry pasal lada putih. So, dgn x semena2 aku p0n ambik la pic lada ni... Yang dalam plastik yang ada lada putih, daun bawang n yang lain2 tu kena panggil sayur campur. Pelik kan, x pa. Yang penting aku suka makan... Sayur ni leh masak ngn ayam, or ikan masin, or ikan bilis, or udang or apa2 la yang korang suka.. Masak ngan apa2 p0n tetap sedap. huhuhu..
Huhuhu, ni baru separuh..Blom lagi aku p0tong suma...

Tu ja la aku nk kongsi..Selamat mencuba.Uh, x dak kaitan, aku x ajar memasak p0n..Huhu..(^_^)



PeMaNdaNgan Aku BaLik JaLaN Kaki.

Huhuhu...disebabkan lama sudah x balik sini jadi mo naek pawong pun sy x pandai. Pandai juga bha, tp kan sy malas mo tgu smpi penuh. So, sy jalan kaki ja la. Lgp0n, bkan jauh. Perjalanan dia cm ni pic saja...Jauh juga la perjalanan sy.

Dari kedai terus ja turun bawah, naseb bek lg turun bukit. Klu nek bukit sy semput da tu..Hahahaha....

Sampai bawah, bolok kanan..Ada sampah di tepi2.. Ntah sepa la buang karung tu merata2.

Masuk simpang sebelah kiri..Ni jalan mo masuk kg sy. Huhuhu...

Sampai sudah di rumah, tu kucing lepak di tangga..
 
Dorang nampak sy terus tebangun plak tu. Tu si kelabu yang memulakan langkah, yang lain pandang len macam. Hahahaha...

P/s : aku saja ja bg pic ni, bosan tahap gaban kan.. Tp x detail p0n, c0z aku takot korang datang time raya mo mnta duit raya. Hahahhaha......




AFF Suzuki Cup -FiNal M'sia Vs I'sia

BiLa Aku Yg X MiNaT BoLa MeNguLaS PeRlaWaNaN BoLa SePaK :


   29 Dis 2010..Tarikh keramat wat warga Malaysia kerana berjaya menjuarai bola sepak asia setelah mengalahkan Indonesia 4-2 secara agregat. Hah, aku yang x minat bola p0n tengok. Nak wat cam mana, di umah ada 1 tV so nak x nak ikot cakap bapa. "sopi, tgok bola bha.." Aku yang pegang ramot tu pun trus la tekan. X pa, final punya pasal bagi chan la. Malas plak mo bertekak tg0k tv. Huhuhu.....

    Dari pemerhatian aku, M'sia main bagus juga la. 1st minit pertama tu, cm besa la. Aku kutuk lg sbb ada peluang gol, tp x masok. Sakit ati aku teng0k.. Ni la bab yang x bek wktu tg0k bola, tu pasal x suka tg0k. Kan aku dh tambah dosa. Huhuhu......

   Actly, permainan M'sia bagus. Dah lama aku x tg0k permainan M'sia tp aku tg0k dorang men bleh tahan. Klu bawa bola, bleh ja lepas tp kadang2 pihak lawan lebih pandai rebut bola. Tp x pa, aku x kisah sangat bab tu c0z, waktu g0l yang pertama buat M'sia mmg aku puji lah..Cantik..Gila cantik..Cantik gila...??mna satu betul ni. Ntah, abaikan...Tp aku mmg dari terbaring trus terduduk waktu gol M'sia yang pertama. Tahniah wat Safee sbb bagi jaringan yang begitu cantik. Tp x lupa juga wat pemain yang menghantar bola tu kepada Safee. Sorry aku x ingat nama pemain tu. Klu hantaran dia x tepat pada Safee, blum tentu Safee dapat jaringkan bola. Betol x??? hehehhe.. Aku plak wat provok.

Ni la Safee, pemain No 10
    Lagi, pemain bola sepak M'sia yang bersinar2 time aku tengok Final AFF Suzuki Cup ni penjaga gol M'sia. Sapa lagi klu bukan Khairul Fahmi. Menyinar2 maksud aku bukan sbb dia sorang ja pakai baju oren dekat padang tu. Tapi, sbb pemainan dia sangat2 bagus. Aku tabik spring la dekat dia sbb x takut bola. Sayang bola sangat2 tu, x nak bagi masuk. Cara dia tangkap bola memang bagus lah...Tapi wktu gol Indonesia yang ke-2 tu memang hampeh lah. Aku asa klu pemain M'sia tu x tanduk kompom x masuk sbb Khairul Fahmi mmg dah ready kemungkinan bola tu ke arah mana. Aku asa cam mo tendang balik bola tu dekat kepala pemain tu. Hahahha..Tp bila aku think +ve, dia x sengaja k0t. Aku asa la dia nk outkan bola tu ke luar gelanggang x sangka plak masuk gol sendiri. X pa, pengajaran...

Waktu permainan, ada juga lazer. Balas dendam nampak. Tapi, lazer tu x dilayan p0n Khairul Fahmi.Hahaha....
    Dalam permainan ni aku ada asa x puas ati juga. Bukan pasal pemain M'sia or pemain I'sia tapi pasal pengadil dia yang omputeh tu. Aku asa dia cam berat sebelah ja. Masa pemain M'sia kena apa2 dia wat x nampak jer. Klu x salah aku, ada sorang pemain M'sia kena siku ke kna apa ntah tp dkt pipi la (klu aku x salah pandang la). X da apa2 p0n dia ckp. Pas tu, aku kecian la dekat pemain M'sia, asyik kena sepak je kaki dorang. Cuba korang imbas kembali, sapa paling banyak baring sbb kena sepak kaki. Hahhahaa...

   Alamak, ada bab penting aku x ulas. Pasal pemain M'sia bernama Ashari sbb membuat percubaan menjaringkan bola dengan yakin wlupun x masuk. Aku cakap cm tu sbb wlupun pihak lawan ramai kat depan dan dia sorang, tu tak mematahkan semangat dia untuk mencuba. Aku kagum juga la...Macam peribahasa, jangan berundur sebelum kalah..Ada kaitan tak??? Hahahhaaa...pandai2 ja aku kan. Biar la, kan ini suma pasal my perspektif.

    Tak dilupakan jurulatih M'sia, K. Rajagopal kerana berjaya melatih pemain M'sia seterusnya membawa pemain muda untuk perlawanan ni. Nampaknya apa yang diusahakan oleh beliau menjadi. Tahniah ya... Nanti, len kali bleh bagi M'sia menang lagi..

Ni jurulatih Malaysia.
    Sekali lagi, wat pemain Malaysia tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini terus berkekalan. InsyaAllah...



p/s: ambik ko, baca la sampai abis. Panjang ni aku ulas, kalah entry len2. Hahahaha...