LoVe My FrieNds

Dec 24, 2012

Belajar Memandu Part 2


kesinambungan cerita Belajar Memandu Part 1. hehehehe..... main part-part plak entry aku ya. saja nak memanjangkan cerita. ke aku semangat sebab nak ambil lesen kereta. huhuhuhu.......

setelah dua hari duduk rumah sambil bermalas-malas, akhirnya aku pi ambil ujian berkomputer juga. tipu la aku baca semua dalam buku. malas giler kot. hahaha.... tapi memang berdebar-debar la waktu pi ambil. dalam hati aku, aku nak lulus dan tak mahu gagal. kalau gagal aku malu kot. bagi aku memalukan diri aku sebab soalan dalam bahasa melayu dan ada dalam buku latihan. memang sebijik soalan dia. ingat atau tak ingat je la.

awal pagi lagi aku dengan adik perempuan aku pi sana. oh ya, adik perempuan aku pun ambil lesen kereta juga jadi ktorang sama-sama la. aku orang yang ke-6 masuk. berdebar-debar sebab sebelum aku masuk ada dua orang yang gagal. tawakal ja masa tu dan akhirnya aku lulus dengan sekali ambil sahaja. adik aku ngn kawan dia terpaksa ambil semula.

tips yang aku boleh bagi untuk ambil ujian berkomputer:
1. cuba baca soalan latihan dan faham
2. tak paham, baca panduan pembelajaran KPP
3. downloads soalan berkomputer. cuba jawab banyak kali(sampai bosan)
4. cuba ingat bahagian penting.

ini saja lah yang aku boleh kongsi. aku pun bukan dapat full mark tapi bersyukur sebab lepas. aku harap siapa yang ambil lesen memandu belajar la elok-elok. gagal kena ambil semula. kalau free tak apa. ini terpaksa bayar RM40 (Ranau) kalau nak ambil semula. kalau gagal 3 kali. RM 40 x 3 = RM 120. mahal kan. kalau duit tu dari daun tak apa, main petik ja. ini susah nak dapat.


Belajar Memandu Part 1


hallu..hallu......hehehe...suma orang ada pengalaman belajar memandu kan. aku pun ada juga, jadi aku kongsi la kat sini. walaupun cerita aku tak best pun. hahhahhaa...

kebanyakan orang ambil lesen kereta atau lesen motor waktu muda-muda lagi. aku 27 tahun baru nak ambil. ermm, masih muda kan??? hihihi..... aku ambil lesen memandu ni pun sebab ingin mengisi masa terluang sebagai seorang pengganggur yang berjaya dan sebab lain mak aku nak sponser. so, nampak peluang ni aku belajar la. rezeki aku ambil lesen memandu. tapi lesen kereta je la, nak ambik lesen motor mak ngan bapa aku tak bagi. bahaya katanya. dah la aku bercita-cita nak bawa motor besar. ceh, besar impian aku tapi motor biasa pun aku tak boleh angkat. apatah lagi basikal, langsung aku tak pandai bawak. nanti dulu la lesen motor. aku ambil lesen kereta dulu. dah pandai karang aku ambik motor pula. huhuhu...

aku daftar 21/ 12/ 2012 pada hari jumaat. niat nak mendaftar sahaja tapi rupa-rupanya masuk kelas terus. aku dengan mata yang masih rasa mengantuk dan tidak bersedia. masuk kelas je la. dalam kelas aku nampak kabur je walaupun duduk paling depan sekali. cuba buka mata bulat-bulat walaupun sepet. hari tu juga di adakan ujian warna secara manual. ngantuk-ngantuk aku dan tak bersedia aku pun full mark. rezeki lagi. Alhamdulillah..... semua orang yang hadir waktu ni semua lulus ujian mewarna.

Dec 19, 2012

BILA OH BILA

Tajuk cerita : "BILA"


Habis SPM Bila ada BF? 
Habis Diploma BILA nak Tunang? 
Habis Ijazah BILA nak Kahwin? 
Dah kerja BILA lagi??? 

= in sya Allah, "BILA" Allah pertemukan JODOH pada waktu yang SESUAI, pada saat saya sudah benar2 bersedia untuk menjalankan amanah & tanggungjawab sebagai seorang ISTERI.......

NEXT NEXT NEXT BILA... 
Dah kahwin BILA nak ade baby? 2nd? 3rd? etc
sebenarnya aku copy ayat ni dari status kawan aku kt FB, nama dia Noi.... tak tau la dia dapat dari mana kan tapi ayat ni sangat menarik minat aku... bagi aku, ia adalah realiti a.k.a fakta tp tak tau la bagi orang lain. kenyataan apabila meningkat dewasa, soalan ini akan di tanya oleh orang-orang sekeliling kita termasuk la kita sendiri sama ada sedar atau pun tidak. Antara soalan BILA yang aku kumpul dari penyoal aku adalah :

Kakak Kahwin - "kakak dah kawen, adik dia BILA lagi??...."
Umur 27 - "kakak kawen umur 27, ni ko 27 BILA mo kawen?....."

Sepupu Kahwin - " aii, ko BILA lagi??..."

Datang kenduri kahwin kawan - " yg ni BILA lagi??...."

Jumpa kawan lama - "Fira, bila nak kawen ni?? dh tua dh fira..."


hoh0ho..kekadang agak rasa tidak selesa apabila di tanya soal kahwin. sebab bagi aku perkahwinan bukan perkara mudah. banyak yang perlu di fikirkan, memerlukan persediaan dan paling penting komitmen dalam menjayakan sesuatu hubungan tersebut. aku kagum bagi pasangan yang telah berkahwin samada kahwin muda atau lambat dan melihat mereka bahagia. itu maknanya mereka dapat mengharungi bahtera rumahtangga dengan baik.


bila memikirkan perkahwinan, banyak yang aku bayangkan.. dan lebih banyak menakutkan diri aku sendiri.. adakah kerana aku terlalu banyak berfikir???.. hahahha.... apa-apa pun saat itu akan tiba juga nanti. dekat atau lambat semua atas ketentuan-Nya. Amin... (^_^)


sumber : Google Image



Dec 16, 2012

Dendam

Dalam diri aku ada satu dendam
Dendam yang sudah lama sebati
Dalam setiap sudut yang sukar dilihat
Dan susah untuk ku hapuskan

Adakah kerana aku tidak pernah meluah
Adakah kerana aku selalu berpura
Adakah kerana aku terlalu memikirkan
Atau adakah kerana aku sudah berputus asa

Sikap ku dulu dan kini berbeza
Selalu berdiam dan berfikir
Suka buat hal sendiri
Senyap

Mereka kata memahami, tidak
Mereka kata mengetahui, tidak
Mereka kata aku salah, tidak
Mereka kata aku betul, tidak

Mereka meminta tapi tidak memberi
Mereka memohon tapi tidak memberi
Mereka mengharap tapi tidak memberi
Mereka membetulkan tapi tidak juga memberi

Perlukah aku terus bersabar
Mengabai rasa sendiri
Terus menangis sendiri
Dan aku menjadi semakin penat

Semua yang ku rasa telah menjadi dendam
Ku rasa sekeliling salah
Ingin ku lari entah ke mana
Pada siapa lagi mampu ku mengadu selain-Mu
Yang lebih mengetahui dan memahami

Dec 9, 2012

You Will Love This Song

hey all... it was so long i'm not going to blogging. but today i'm back cuz wanna share this song. i really love this song and you will love it too.. actually i'm not really know about this artist. but when i'm listen his song in youtube, i feel like i'm fall in love with this song (over plak..hahaha)... 


"A singer\songwriter and producer from Miami, Florida.Recently taken under the wing of singer\songwriting duo,The Jackie Boyz and signed to UMPG as a writer\producer. http://www.youtube.com/matthewjohnmusic" - Copy from his Facebook Matthew John Kurz

what i like about this song are his voice, his music and his lyric. it's also have two version and you know, you can get this song from i-Tunes too... So, happy listening and enjoy... =)

this is from old version (2011 version)

Singer : Matthew Kurz
Song : Moving On


Verse One:
So you say,
You don't wanna talk,
You tell me,
To go take a walk...
You don't wanna see my face right now,
You dont care how i feel,
I just wanna know how,
You would feel if i never picked up the phone?
You would feel so cold,
In the world-
All alone,
Tell me where you get the nerve to say,
I'm the one that made it end this way?

Chorus:
When you've no-where to go,
And you need someone to hold,
I won't be there,
No,
Cos' you let me go,
And I'm moving on,
I've got to be strong!
And you,
Never know,
What there was in store,
I'll be moving on,
I've got to be strong,
When you hear this song,
I'll be-
Moving On!

Oh-oh, Yeah...

Verse two: 
So you say,
you regret it all,
You tell me,
That it's all your fault,
(I'm)Glad you figured out what it's all about,
But it's too late now cos' i have found-

When you've no-where to go,
And you need someone to hold,
I won't be there,
No,
Cos' you let me go,
And you're moving on,
I've got to be strong!
And you never know,
What there was in store,
I'll be moving on,
I've got to be strong,
When you hear this song,
I'll be,
Moving On!

Ye-ah!
I'll be moving on!

Repeat chorus: 
When you've no-where to go,
And you need someone to hold,
I won't be there,
No,
Cos' you let me go,
And you're moving on,
I've got to be strong!
And you never know,
What there was in store,
I'll be moving on,
I've got to be strong,
When you hear this song,
I'll be...
Moving On!

this lyric i had copy from http://www.lyricsreg.com


and this is from new version (2012 version)


you already hear it... 
which one you like..the old version or the new version??? 
his voice and this song are awesome right.. agreed???? (^_^)




p/s: sorry if i'm not a good author in english language.

Sep 11, 2012

Aku Yang Tersakiti


Aku Yang Tersakiti - Judika

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia



bila dengar lagu ni aku teringat cinta pertama..(ceh..hahaha.)
lagu ni 100 % terkena batang hidung aku yang tak mancung.
orang kata cinta pertama tidak boleh dilupakan.
dan aku sangat bersetuju untuk pendapat ini.
walaupun aku selalu cakap yang aku ok dan sudah melupakan.
airmata tetap mengalir bila terkenang.
dairy perkenalan aku dengan dia aku masih simpan.
hendak dibakar terasa sayang dan hendak dibaca takut hati terluka kembali.
Luaran aku (^_^), dalam hati ( !_! ) 
melupakan bukan sesuatu yang mudah.
 jauh di sudut hatiku masih tersimpan namanya walau hatiku telah terisi.
biar la tersimpan dan ku anggap ia sebagai kenangan indah.
terima kasih kerana telah mengajar aku erti bahagia walau hanya sementara. (^_^)

Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia

Jul 24, 2012

Hachiko..anjing yang setia


aku penah post dulu dalam entry aku pada tahun 2010 :Anjing Lagenda Jepun Yang Setia
aku dapat informasi tu dari kakimotong.com
ari ni aku buka youtube, ingat nak carik lagu..
tetibe plak terbuka pasal citer ni..cerita tentang anjing ni telah di filemkan.
aku just tahu citer ni sikit dari blog kakimotong.
and bila tengok video yang kat atas tu aku nangis cam air terjun..
walaupun aku x penah tengok cerita full..
tapi tetap nangis..uwaaa....sedih. tahu x..


Jul 15, 2012

~HACKS~ Hanya Aku Cinta Kau Seorang




OST Song HACKS
Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati, 
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi......

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri, 
Malam ku tanpa mimpi.......

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,

Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan..

Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu....


____________________________
another song but didnt have title


~HACKS~ no title
Biatkan angin bicara,
Menghembus nafas cinta,
Menyentuh rongga jiwa,
Merawat hati luka...

Linangan air mata,
Berkalung bunga doa,
Lepaslah semua lelah,
Bahagia kau di sana...

Biarkan mimpi indah,
Menghapus air mata,
Membelai semua lara,
Agar ku bisa tuk melangkah...

Kau lepaskan tanganku,
Di saat cinta hadir,
Dan aku mula rasa,
Erti bahagia...

Biarkan mimpi indah,
Menghapus air mata,
Membelai semua lara, 
Agar ku bisa tuk melangkah...

Kenangan yang tersimpan,
Bagai sinar harapan,
Pengubat kerinduan,
Saat aku kehilangan...
_________________________________

watch here for full movie 
klik this link: ~HACKS~



for me, the intro of this story not to interesting.
coz i dont like the relatioship between the boy and girl. to over.
but the part when zizi know his brother sick and until ending, its nice.
its make me cry..sob..sob..sob..
nice s0ng, i like...




p/s: hehehe..im just try to write in english but i know my grammer is out..my wording is Zzzz..
sila paham..wakkakakka...

Jun 7, 2012

Story Mory

hukhukhuk...
aku just nk story mory je pasai citer yang aku tengok tadi...
korang pernah tengok cerita Jumbo Gajah Biru x???
ni poster dia:

sebenarnya citer ni dah lama. pernah tengok sikit tapi rasa boring.
and tak pernah tengok sampai habis pun.
pas tu hari ni main kat tV2..apa lagi, layan la sebab tak dak citer best...
tengok pun dah separuh dah....citer ni best juga...
paling penting sedih, air mata aku cam air terjun.
menangis sorang2 kat bilik tv, nasib bek x dak orang.hahhaha..


Sinopsis Filem Jumbo Gajah Biru :sumber

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? 



kalau nak tau, korang tengok la sendiri...
hahahhaa...tu je  nak bagitau..

Di Sebalik Tabir Aku dan 1 Citizen

As salam....and hye to all my friend.
Sejak beberapa bulan ni perasaan malas tuk berblog, ntah kenapa... Ikut hati banyak perkara ingin di kongsi tapi kemalasan mungkin lebih menguasai..hikhikhik..ayat apa aku tulis ni...adoiiii...

Sebelum ni aku ada post entry pasal "KETAGIHAN PADA INTERNET MEMBERI KESAN NEGATIF". Sebenarnya aku buat entry tu adalah untuk tujuan proposal yang perlu dihantar dalam laman web 1 Citizen. Mesti ramai lagi yang tak tahu apa itu 1 Citizen kan...Sedikit info yang aku copy :

 " IC CITIZEN Certification is the first of its kind in the world that is specially developed and designed to produce digitally literate and responsible citizens. This unique yet universal certification program aims to impart Acceptable Usage Policy (AUP) that lays down rules of acceptable 'netiquette' or behaviour that is appropriate when using technology in a collaborative and multi-cultural society.

      The certification is part of our 1CITIZEN Program; a framework to promote the concept of 1Malaysia digitally by instilling the positive values in using technology appropriately while fostering unity in a multi-ethnic society."

Untuk program 1 Citizen ni, kitorang perlu mengambil kelas selama dua hari dan seterusnya mempunyai exam termasuklah menghantar portfolio.Ha, lagi satu ada sijil beb, 2 sijil.. Markah lulus exam adalah 640 markah, aku dapat 622 markah...Down giler rasanya and memang rasa nak nangis. Memanglah gagal tak mempengaruhi CGPA aku kan, tapi tetap rasa sedih .Sebab kalau apa-apa exam mesti kita nak lulus. Kalau nak ambil balik exam kena bayar RM100. Aku tak kisah nak ambil balik exam ni tapi disebabkan aku dah nak final exam, aku lupakan lah.. Ada rezeki aku ambil balik exam ni(^_^).

Yang pasal portfolio tu pula ktorang kena suruh buat tak kisah la macam mana, contohnya pos dalam blog, buat poster,  buat lagu dan pelbagai lagi ikut kreativiti masing-masing sebenarnya tetapi mesti berkaitan apa yang dah kami pelajari dalam kelas. Aku plak wat penulisan dalam blog sahaja sebab tu je idea yang paling mudah. Aku nak wat poster tapi aku perlukan masa yang lama untuk melukis kalikatur yang cantk dan kemas sebab aku tak reti.huhu..So, terciptalah Ketagihan Pada Internet Memberi Kesan Negatif. Apa yang aku tulis tu lebih kepada diri aku sendiri di mana aku memang addict dengan laman sembang dan game on9. Ermm, more to game on9 la.hehhehee..... Susah nak buang perangai buruk ni. Lalallaa....

Apa2 pun, aku nak kata kelas ni memang menarik. 

Jun 5, 2012

Like


May 27, 2012

KETAGIHAN PADA INTERNET MEMBERI KESAN NEGATIF


Kepesatan pembangunan teknologi di Malaysia dalam penggunaan internet semakin meluas kini. Ini terbukti dengan wujudnya pelbagai laman web yang ditawarkan seperti rangkaian sosial, rangkaian pembelian atas talian, rangkaian perbankan online, rangkaian kerja kosong dan banyak lagi. Dengan wujudnya internet, ia memudahkan pengguna melayari dan mencari apa juga maklumat yang di ingankan.


Tetapi kewujudan rangkaian sosial seperti Facebook, Tagged, Twitter, Yahoo Massanger, MiRc, "Game Online" dan lain-lain menjadikan ada sesetengah pengguna terlalu taksub dengannya dan menimbulkan ketagihan sehingga mengabaikan perkara lain yang berlaku di sekeliling mereka. Contohnya pengguna menghabiskan masa bejam-jam sehingga lewat malam, menangguhkan kerja yang lebih penting akan menyebabkan kurangnya hubungan  komunikasi dengan orang sekeliling dan  kerja penting tidak dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, kesan negatif ketagihan dalam melayari rangkaian sosial ini juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit belakang badan, sakit pergelangan tangan serta menyebabkan mata keletihan kerana terlalu membuang masa di depan komputer dan selalu tidur lambat.


Ketagihan dalam penggunaan laman web sosial ini menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada diri kita lagi-lagi kepada pelajar. Ubah sikap dan susun jadual kita sebaik-baiknya agar gejala ketagihan kepada penggunaan internet dapat dielakkan. Baik buruk sesuatu perkara datang dari diri kita sendiri. oleh itu, ubah diri kita menjadi rakyat yang tahu menggunakan internet dan rangkaian sosial ini sebaiknya. 







                                                                     

Apr 26, 2012

...(^_^)


Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more... (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna...I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)


p/s: copy dari kawan gak...

PerNah.............Tapi


saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN....

saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI....

saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI...

saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN....

saya pernah JUJUR,
tapi DITIPU....

saya pernah BERHARAP,
tapi harapan tu cuma SIA-SIA....

lebiah baik menuggu orang yang TEPAT  daripada menghabiskan waktu dengan orang yang SALAH.



p/s: aku copy dari FB kawan..sebab suka ayat dia...

Apr 22, 2012

Sesal Mendua - KlaNgit


apa st0ry aku hari ni ea...
tiada apa pun, just nak share lagu kegemaran aku.
bagi aku, lagu ni best....penyesalan menduakan kekasih kot.hehehe..
aku suka lagu ni bila kumpulan Klangit menjadi jemputan di Radio ERA.
bagi aku, dorang ni kelakar pun ada juga..
kelakar tu salah satu faktor aku suka lagu ni..hahahha...(pelik tapi benar)
k, kalau korang tak penah dengar, tengok video ni...sumber You Tube:



Lirik Lagu : Sesal Mendua
Oleh : Klangit

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu 
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku



 # sila layan..hehehhehe............

Apr 11, 2012

PicTuRes at KuaLa PeRlis (1960's edit)

ni pic time kuar ngn kawan2 sabahan kat Kuala Perlis. kira gambar baru la. paling latest kata omputeh. hihihi. ktorang suma sekali dalam 7 orang, berangkat dari UUM 5 orang and sampai perlis jmpa 2 org lagi. study sekitar perlis. aku pun dah tak ingat dah nama tempat study dorang.. tuk pengetahuan korang gambar ni aku edit guna picasa 3 dengan tema 1960's . tapi aku tak de la pandai mengedit. ni edit sesuka hati namanya..hahahhaa...ok, enjoy...










maksud gambar tema 1960 yang aku nak kata kat sini adalah gambar dia tidaklah terang sangat dan seperti gambar lama... ni gambar yang terpilih dari melihat matahari terbenam sehinggalah time to eat. ceh, aku rasa tetbe ayat aku skema semacam je..nak kata lama ta update entru, baru lagi kot.huhuhu...abaikan.. thanks c0z blogwalking here...


lastly..pic aku tema hitam putih 
peace (^_^)v



Apr 9, 2012

This Is The Best


broken, broken heart, cry, crying, floor, girl

The way i love you
Not the same way you love me
I'm say OK
You always say NO
I'm hurting you less
You hurting me more
I try to fix it
But you always damage it back
Is it my fault our relationship being like this
You just silent
I'm tired deeply
So i let you go
I'm not regret it
I'm fine with my decision
Hopefully we will find our happiness respectively
This is the best
I will not disturb you again


Apr 6, 2012

My Perseption : Tanda Gugurl Sangkut Kat Boboy

tetbe plak kerajinan aku datang. jadi aku wat la sesi Blog Walking edisi aku. ceh, apa aku merepek ni. [sila jangan layan (-_-)] maka aku jumpa lah blog s0meone ni. aku x kenal plak. but entry dia "Tanda2 Awek tu Dah SangKut" wat aku rasa nak baca. dan teringin nak membidas menambah ikut persepsi aku. hikhikhik...jahatnya aku.if korang nak lagi faham k0rang baca entry sebenar kat http://alongxp.com/2012/04/06/tanda-tanda-awek-tu-dah-sangkut/ tu dulu. pas tu baru baca entry aku.
EN Alongxp.com, h0pe u tak kisah ek. aku menambah ckit..hehehhee...


Emo Love


Gugurl tu dah sangkut kat bob0y if :
1. Dia SMS tak henti2.
    ye ker.....aku rasa tak. sebab aku sangkut dengan ramai lelaki tak dak plak aku terhegeh2 nak msg d0rang. perlukah??? miahahha....kidding. ada betulnya if p0mpan tu asyik nk sms jer, nk korang layan dia jer, x balas msg plak dia majok tetbe...memang sah, dalam hatinya berbunga sakura. but sesetengah gurl plak, dia mmg tak dak perasaan cintan tp dia suka nk bersms jugak. kateg0ri ni gurl yang ske berkawan ngn dak laki. sebab kekadang kawan ngan p0mpan ni banyak drama ckit.huhuhu...

2. Hal peribadi.
    yes...sebab if dah suka kan s0meone tu, 0pkos la dia nak ambik tau. dah b0y tu p0jaan hatinya, jadik dari hujung kaki hingga hujung rabut dia nak ambik tahu. kalau banyak sangat maklumat siap tulis g, nnt takot lupa..miahahahha....but, tak suma gurl cam tu. kekadang bila dia tanya soklan2 cam tu bukan bermakna dia sebenarnya ada hati dengan ada. tetapi sekadar ingin mengenali seorang kawan. 

3.Dia akan ketawa ngan lawak bodoh korang.
   ermm.....k0mpius. for me gugurl ni ada yang jenis ske gelak, walaupun tak lucu..kekadang gelak bukan perkara yang melucukan boleh menampakkan seperti memalukan diri sendiri. ada gak gurl yang tak kan gelak walaupun perkara tu melucukan. gurl yang x ske sangat gelak ni, jenis yang malas nak layan benda yang remeh temeh. sebenarnya sama juga ngan lelaki..betol x?? huhuhu..tapi x mustahil juga if pompan tu dah sangkut sunguh2 kan...ntah lah..

4. Dia selalu kagum dengan korang.
    hahahaha..lawak baca entry sebenar kt Alongxp pasal tajuk yang ni.. klu bulu hidung terkeluar pn bleh rasa kagum tu dah dikira misteri. if yang berc0uple tu pun bleh kata "awak2, bulu hidung awk terkeluar la. t awak ejas2 la bagi x kuar sangat.baru awk nampak makin ansem tau..."hakhakhak........tak de lah..

5. Mata dia untuk kau.
    fuhh....alamat bleh jatuh l0ngkang la kalau asyik tengok mamat yang wat gurl tu sangkut. x dak la, p0mpan yang 0bses je leh nampak setiap pixel tu. slalunya, if p0mpan tu dah sangkut kat si b0y ni kn. dia akan cuba merenung anda dari jauh sambil tersenyum plus jantung berdebar2 [hakhakhak..cam aku je ni]. and bila si b0y ni memandangnya semula, dia akan buat2 tak tahu, wat keje lain. tapi bila b0y tu berhenti memandangnya, si gurl akan mencuri pandang semula...s0 sweett..hikhikhik...

6.  Kerap bersentuhan
    tak dak la....walaupun si gurl tu sukakan si boy tu, x semestinya kerap bersentuhan.haishhh, tu spesis pompan gedik..kat sini pun bleh bahagikan p0mpan kepada dua bahagian juga..memanglah ada gurl if dia suka ngn lelaki tu , dia suka wat keje sama2, wktu meeting nk duduk sebelah menyebelah.sebab tak nak lelaki tu hilang dari pandangan...but ada sesetengah gurl tu plak, bila dia mula sukakan seseorang tu , dia segan nak dok sebelah menyebelah ngan lalaki tu. dok sebelah menyebelah pun tunduk jer. takut si lelaki mendengar degupan jantung dia yang pantas..hihihi..

7. Meluangkan masa bersama.
    saper tak nak...lagi2 bila yang mengajak tu lelaki yang si gurl suka..time ni la si gurl nak tarik perhatian si lelaki tuk wat si lelaki tu sukakan dia...(^_*)

8. Dia cemburu bila tau korang rapat dengan p0mpan lain.
    yup..yang ni betol..kalau dia tahu si b0y ni rapat ngan pompan len mula lah hilang mo0dnya, sentap, sedih and mulalah si gurl ni membandingkan dirinya ngan p0mpan yang si b0y rapat tu. sedih........

9. Menceritakan hal peribadi.
    urmm..x la. if gurl sukakan s0rang lelaki tu pun, dia tak kan menceritakan semuanya. bukan semua perkara boleh dik0ngsi..

10. Dia ambil berat tentang k0rang.
     absolutely true.. 

Emo Kiss

P/s: 1st time entry aku panjang giler..k0rang penat baca tak? aku penat menaip..hehehhee.............

Mar 23, 2012

Aku BudaK Last Sem

ohsemm....huh, tetibe.tapi kebenarannya aku memang budak last sem kat universiti utara malaysia ni. 
walaupun tak la habis sepenuhnya lagi, c0z sem depan praktikal...
wahh, tak sangka 3 tahun tu cepat jer berlalu.
pejam celik, pejam celik tahun ni aku juga dah menginjak 27 tahun.
(bulan 7 la, maknanya aku still 26 la.hahahhaa)
aku k0nv0 umor 28 tahun..huh, dah tua aku rupanya.hehehhe..

berhabuk tebal dah blog aku kan..dah lama tak up date..
entry last p0n pasal laptop aku rosak.
and paling sadis laptop aku tak leh baiki lagi..
ye la, lapt0p dah nak masok 5 tahun. cam gitu la ghupanya.
nak beli baru, tunggu mak sp0nser la. tapi lama lagi kot..
jadi wat masa ni aku berulang alik dari bilik ke lab semata-mata wat asgmnt.
letih juga kot, kekadang rasa terkejar-kejar pun ada juga.

untuk sem last ni, aku tak tau la nak komen apa kan..
banyak perkara mencabar kesabaran aku.
kalau sem depan aku asyik stress jer..asyik nak marah orang jer..
sem ni plak banyak dugaan aku terima..
banyak sangat sampai tak terluah.
sampai aku tak boleh nak meluah..
entah lah..


s0metimes
 when i felt so upsate
i will cry
cry like a baby
n0 one know
just me al0ne
when i hurt
i always say " i can do it"
althought it hurt me al0t
i believe i can do
no matter what


p/s: doakan aku supaya dapat melalui sem ni dengan baik k..and doakan kejayaan aku. thanks friends.

Feb 25, 2012

Salam...(^_^)

hye all...
pa habaq? sihat tak suma??
oo0..sihat ea..bagus2..like banyak2.hehehhe...
1st of all...bila k0rang datang je blog aku ni mesti korang tengok habuk tebal kan..
lama aku tak update blog...sebab bukan aku tak dak citer..
sebenarnya banyak aku nk kongsi...but, the sad news..laptop aku r0sak...ni pun update guna laptop kawan. thanks to my romate c0z give  me change to use this lapt0p.
walaupun lapt0p tu selalu wat aku rasa nak mengamuk. tapi bila dia rosak aku sedih juga.hehehe..

by the way...aku nak ucap terima kasih kepada sesaper yang datang jenguk blog aku..yang tinggalkan tapak kaki and tapak tangan dia kat chat b0x aku tu, and the very str0ng thanks to my new followers. thanks my friends and thanks to wasaber member..i dah follow y0u tau...

k, lastly...i will update my bl0g if my lapt0p 0ut fr0m ICU. if my lapt0p die (T.T) ..just wait i get new baby lapt0p. just pray for happy news. ceh, berlagak aku tulis dalam bahasa inggeris.grammer 0ut, susunan ayat pun 0ut..hadap je la..hahahahahaa.............

p/s: THANKS COZ WALK IN MY BLOG...LOVE YOU (^_^) 

Jan 25, 2012

Just Share

Advantages of being SINGLE...Can sleep well.. Can save Time & Money.. + No worries about how you look..No missed calls at mid night.. Focus on your career and family more.. No need 2 recharge your phone twice a day.. Can talk 2 all Boys & Girls..


p/s: aku c0py je ayat ni...sebab suka..hikhikhik..

Jan 23, 2012

Qu0tes Me

jumpa benda ni kat tagged.
tetbe aku tersentuh weii..
ntah la, kekadang hati aku menangis.
layakkah aku punya kawan yang baik.
walau aku tidak sebaik mana..
ahh..dunia....mainan dunia....
huhuhu...tetbe..x dak kaitan.0k, just nk k0ngsi kat bawah ni jer...
terbebel lebih2 plak..

CuTi Sem Aku

1st of all...aku lama x hupdate entry aku.
aku exam dari 1 jan sampailah 19 jan 2012..
bunyik cam banyak je kan paper aku..
tp sebenarnya aku ada 5 paper jer p0n...huhuhu..

20hb aku blk klang.lalu juga la i-City..
wahhh...cantek..nak je aku turun.
tp kesian plak kazen aku yg kepenatan ambik aku.
x pa, len kali.huhuhu.

apa aku nak citer ni..hehhe..
x dak idea pun nak sembang apa..
nmpk sangat aku bosan tahap gaban kn.
aku d0k kt klang ni kt taman andalas.
apa yg sedihnya..aku dok umah je la.
sbb kazen aku ngn laki dia balik sabah.
aku, kakak sepupu n adk bongsu aku je kt umah ni..
suma x tau jalan..n suma x tau bawak mot0r..
mot0r tu jadi perhiasan je depan umah.hehhehe..
s0 bored..

Jan 11, 2012

Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic

Pencarian 100 Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic

j0m join beramai-ramai. hehehhee.....
kalau berminat boleh klik kat [SINI]
just 100 orang jer yang terpilih.
s0, rebutlah peluang...





aku pun nak join jugak
l
l
l
l
l
l
l
l
V


Nama : FieRa XieRza 
Tempat Tingal Sekarang : Sabah
Join Blog Sejak : November 2010
Link Blog : http://www.xierzalife.blogspot.com





p/s: ni je pic aku paling c0mel. h0pe lepas.hehehe....