LoVe My FrieNds

Jun 7, 2012

Story Mory

hukhukhuk...
aku just nk story mory je pasai citer yang aku tengok tadi...
korang pernah tengok cerita Jumbo Gajah Biru x???
ni poster dia:

sebenarnya citer ni dah lama. pernah tengok sikit tapi rasa boring.
and tak pernah tengok sampai habis pun.
pas tu hari ni main kat tV2..apa lagi, layan la sebab tak dak citer best...
tengok pun dah separuh dah....citer ni best juga...
paling penting sedih, air mata aku cam air terjun.
menangis sorang2 kat bilik tv, nasib bek x dak orang.hahhaha..


Sinopsis Filem Jumbo Gajah Biru :sumber

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? 



kalau nak tau, korang tengok la sendiri...
hahahhaa...tu je  nak bagitau..

Di Sebalik Tabir Aku dan 1 Citizen

As salam....and hye to all my friend.
Sejak beberapa bulan ni perasaan malas tuk berblog, ntah kenapa... Ikut hati banyak perkara ingin di kongsi tapi kemalasan mungkin lebih menguasai..hikhikhik..ayat apa aku tulis ni...adoiiii...

Sebelum ni aku ada post entry pasal "KETAGIHAN PADA INTERNET MEMBERI KESAN NEGATIF". Sebenarnya aku buat entry tu adalah untuk tujuan proposal yang perlu dihantar dalam laman web 1 Citizen. Mesti ramai lagi yang tak tahu apa itu 1 Citizen kan...Sedikit info yang aku copy :

 " IC CITIZEN Certification is the first of its kind in the world that is specially developed and designed to produce digitally literate and responsible citizens. This unique yet universal certification program aims to impart Acceptable Usage Policy (AUP) that lays down rules of acceptable 'netiquette' or behaviour that is appropriate when using technology in a collaborative and multi-cultural society.

      The certification is part of our 1CITIZEN Program; a framework to promote the concept of 1Malaysia digitally by instilling the positive values in using technology appropriately while fostering unity in a multi-ethnic society."

Untuk program 1 Citizen ni, kitorang perlu mengambil kelas selama dua hari dan seterusnya mempunyai exam termasuklah menghantar portfolio.Ha, lagi satu ada sijil beb, 2 sijil.. Markah lulus exam adalah 640 markah, aku dapat 622 markah...Down giler rasanya and memang rasa nak nangis. Memanglah gagal tak mempengaruhi CGPA aku kan, tapi tetap rasa sedih .Sebab kalau apa-apa exam mesti kita nak lulus. Kalau nak ambil balik exam kena bayar RM100. Aku tak kisah nak ambil balik exam ni tapi disebabkan aku dah nak final exam, aku lupakan lah.. Ada rezeki aku ambil balik exam ni(^_^).

Yang pasal portfolio tu pula ktorang kena suruh buat tak kisah la macam mana, contohnya pos dalam blog, buat poster,  buat lagu dan pelbagai lagi ikut kreativiti masing-masing sebenarnya tetapi mesti berkaitan apa yang dah kami pelajari dalam kelas. Aku plak wat penulisan dalam blog sahaja sebab tu je idea yang paling mudah. Aku nak wat poster tapi aku perlukan masa yang lama untuk melukis kalikatur yang cantk dan kemas sebab aku tak reti.huhu..So, terciptalah Ketagihan Pada Internet Memberi Kesan Negatif. Apa yang aku tulis tu lebih kepada diri aku sendiri di mana aku memang addict dengan laman sembang dan game on9. Ermm, more to game on9 la.hehhehee..... Susah nak buang perangai buruk ni. Lalallaa....

Apa2 pun, aku nak kata kelas ni memang menarik.