LoVe My FrieNds

Jan 2, 2011

SiNdr0m AnaK KeDua

Huh, tajuk yang dah lama aku nak kongsi sebenarnya. Aku nak citer pasal sindrom anak kedua sbb aku p0n ank no 2. Hehehhee..... "Psychiatrist" barat menamakan hal keadaan ini sebagai Sindrom Anak Kedua (second child syndrome) atau Sindrom Anak Tengah (middle child syndrome). Kekadang, bagus juga cari benda2 mcm ni. Bukan setakat menambahkan ilmu tapi untuk peringatan dan cuba memperbaiki sikap yang ada. Aku bukan pakar motivasi, tapi aku suka motivasi. Sebab dlu cita2 aku nak jadi pakar psikologi. Tapi x tercapai la plak.Huhuhuhu....


Sindrom Anak Kedua atau ‘The Second Child Syndrome’ adalah dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Selain itu, anak kedua juga tidak gemar dikongkong serta sukar di fahami. Aku macam ni ker???? Skit je k0t.Hahaha...Rasa macam yang prangai negative suma bagi anak kedua. Kesian ank no dua ni.Kita x boleh lihat dari sudut negative ja. Ada juga sikap yang positif dari anak kedua ni. Antaranya, anak kedua lebih pandai berdikari. Campak ja kat mana2 p0n masih lagi bleh hidup. Lagi, mereka lebih mudah dapat kawan. mungkin sebab anak kedua ni fleksible. Apa2 p0n, korang baca la sampai habis k.


Kata bijak pandai mengenai sindrom anak kedua :


Berlaku kerana kehamilan tak dirancang 



Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi 


“ Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik,” Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat 


“Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan. 


“Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia. 

“Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. 

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak. 

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri. 

Anak Kedua Lebih Fleksibel 

Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. 

“Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. 

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap ‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. 

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya,” jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. 

Berdikari dan degil 

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel. 

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter. 

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak. 

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

Mitos pasal anak no dua :

Anak manja ibu
Huh, skit2 ibu..skit2 mak...skit2 mama...manja bet0l.

Anak degil
Lebih degil, keras kepala dan tidak mendengaar kata. Semua dia saja yang betol. pas tu, kemahuan dia kuat, klu wat sesuatu tu sungguh2 tapi klu dia tak nak, tak nak la jawabnya. Boleh dipujuk tapi slalunya x jalan sangat la.

Tak pandai pujuk
Hahaha...ntah la. Anak no dua ni x pandai pujuk pakwe or makwe dia...Memang malang la korang dapat pakwe/makwe anak kedua.

Bercinta
Dia, klu bercinta..Mak aiihh...Penuh setia dan sanggup berkorban.

Hitam/Putih
Degil x boleh toleransi. Klu hitam..hitam la..Klu putih, putih la...

Hati
Memang anak no dua ni nampak keras, tapi hati lembut tau. Satu peel dia, x leh kena tegor. Klu tegor, t dia tarik muka..

Berdikari
Memang independent...Mudah bergaul. Campak la mana2 p0n, tetap leh hidop & mudah ja dapat kawan. 

Arahan
Payah nak trima arahan. Lebih suka wat hal sendiri. Ramai anak no dua keja sendiri..Bagus2, x payah keja makan gaji..huhu..

Pemaaf & Caring
Memang dorang ni ada sifat2 kebaikan seperti ni. Tapi AWAS, jangan bagi dorang marah. Klu marah, faham2 lah. Huhuhu...

Pakaian
Suma nak kemas pas tu nk yang up to date jer..Klu x up to date x boleh..??? x paham aku..


Ntah la, pasal mitos anak no dua tu aku x tau la kesahihan dia kan. Tapi aku sebagai anak no dua, aku asa ada juga yang tak kena pada aku. Yang lain tu tipu, x dak kena mengena ngan aku p0n. Hahahaha........Wlu paper p0n, aku nak cakap ank kedua tetap best. Tak kisah la kamoo tu sulung kah, bongsu kah...yang penting masing2 punya perangai tersendiri. Jangan nak banding2kan. Terima seadanya....(^_^)

Aku bangga jadik anak n0 dua (^_^)

    

X daK BeRiTa SuKaN LaiN Ker.........

Harimau Malaya..
Tahniah sekali lagi.
huh, skali lagi aku bg persepsi pasal bola sepak yang aku x minat.
Tapi, napa entry ni muncul lg.
Hahahahha......
Aku tau dorang menang.
Penantian selama 14 tahun akhirnya tercapai.
Nampaknya Malaysia menjadi pasukan bola sepak yang digeruni.
Bangga tu...
Tapi yang aku nk cakap ni.
Ishk2..Aku bosan tgok brita tiap2 ari.
Asal berita sukan ja, bab ni la yang terkeluar.
Tak dak crita len kah???
Tak kisah la..
Sbb dorang tengah hangat.
Tu suma pasal citer dorang.
Sekarang, bagi la puji2an.
Klu tetiba Malaysia kalah (harap2 x la)
Mesti dilupakan jasa mereka menjuarai AFF Suzuki Cup.
Confirm la kena kutuk pas tu.
Dah terbukti dah.
Macam pemain badminton Hafiz Hashim.
Dia penah menjadi Juara Perseorangan All England.
Tapi pas tu dah x menang dah.
Banyak juga kritikan yang dia trima.
Sabar je la.

Apa2 pun, aku harap prestasi suma pemain kita akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan membantu menaikkan nama Malaysia lagi. 
Majulah Sukan Untuk Negara