LoVe My FrieNds

Dec 24, 2012

Belajar Memandu Part 2


kesinambungan cerita Belajar Memandu Part 1. hehehehe..... main part-part plak entry aku ya. saja nak memanjangkan cerita. ke aku semangat sebab nak ambil lesen kereta. huhuhuhu.......

setelah dua hari duduk rumah sambil bermalas-malas, akhirnya aku pi ambil ujian berkomputer juga. tipu la aku baca semua dalam buku. malas giler kot. hahaha.... tapi memang berdebar-debar la waktu pi ambil. dalam hati aku, aku nak lulus dan tak mahu gagal. kalau gagal aku malu kot. bagi aku memalukan diri aku sebab soalan dalam bahasa melayu dan ada dalam buku latihan. memang sebijik soalan dia. ingat atau tak ingat je la.

awal pagi lagi aku dengan adik perempuan aku pi sana. oh ya, adik perempuan aku pun ambil lesen kereta juga jadi ktorang sama-sama la. aku orang yang ke-6 masuk. berdebar-debar sebab sebelum aku masuk ada dua orang yang gagal. tawakal ja masa tu dan akhirnya aku lulus dengan sekali ambil sahaja. adik aku ngn kawan dia terpaksa ambil semula.

tips yang aku boleh bagi untuk ambil ujian berkomputer:
1. cuba baca soalan latihan dan faham
2. tak paham, baca panduan pembelajaran KPP
3. downloads soalan berkomputer. cuba jawab banyak kali(sampai bosan)
4. cuba ingat bahagian penting.

ini saja lah yang aku boleh kongsi. aku pun bukan dapat full mark tapi bersyukur sebab lepas. aku harap siapa yang ambil lesen memandu belajar la elok-elok. gagal kena ambil semula. kalau free tak apa. ini terpaksa bayar RM40 (Ranau) kalau nak ambil semula. kalau gagal 3 kali. RM 40 x 3 = RM 120. mahal kan. kalau duit tu dari daun tak apa, main petik ja. ini susah nak dapat.


Belajar Memandu Part 1


hallu..hallu......hehehe...suma orang ada pengalaman belajar memandu kan. aku pun ada juga, jadi aku kongsi la kat sini. walaupun cerita aku tak best pun. hahhahhaa...

kebanyakan orang ambil lesen kereta atau lesen motor waktu muda-muda lagi. aku 27 tahun baru nak ambil. ermm, masih muda kan??? hihihi..... aku ambil lesen memandu ni pun sebab ingin mengisi masa terluang sebagai seorang pengganggur yang berjaya dan sebab lain mak aku nak sponser. so, nampak peluang ni aku belajar la. rezeki aku ambil lesen memandu. tapi lesen kereta je la, nak ambik lesen motor mak ngan bapa aku tak bagi. bahaya katanya. dah la aku bercita-cita nak bawa motor besar. ceh, besar impian aku tapi motor biasa pun aku tak boleh angkat. apatah lagi basikal, langsung aku tak pandai bawak. nanti dulu la lesen motor. aku ambil lesen kereta dulu. dah pandai karang aku ambik motor pula. huhuhu...

aku daftar 21/ 12/ 2012 pada hari jumaat. niat nak mendaftar sahaja tapi rupa-rupanya masuk kelas terus. aku dengan mata yang masih rasa mengantuk dan tidak bersedia. masuk kelas je la. dalam kelas aku nampak kabur je walaupun duduk paling depan sekali. cuba buka mata bulat-bulat walaupun sepet. hari tu juga di adakan ujian warna secara manual. ngantuk-ngantuk aku dan tak bersedia aku pun full mark. rezeki lagi. Alhamdulillah..... semua orang yang hadir waktu ni semua lulus ujian mewarna.