Kepesatan
pembangunan teknologi di Malaysia dalam penggunaan internet semakin meluas
kini. Ini terbukti dengan wujudnya pelbagai laman web yang ditawarkan seperti rangkaian sosial, rangkaian pembelian atas talian, rangkaian perbankan online, rangkaian kerja
kosong dan banyak lagi. Dengan wujudnya internet, ia memudahkan pengguna
melayari dan mencari apa juga maklumat yang di ingankan.
Tetapi
kewujudan rangkaian sosial seperti Facebook, Tagged, Twitter, Yahoo Massanger, MiRc, "Game Online" dan lain-lain menjadikan ada sesetengah pengguna terlalu taksub dengannya dan menimbulkan ketagihan sehingga mengabaikan perkara lain yang berlaku di sekeliling mereka. Contohnya
pengguna menghabiskan masa bejam-jam sehingga lewat malam, menangguhkan kerja
yang lebih penting akan menyebabkan kurangnya hubungan komunikasi dengan orang sekeliling dan kerja penting tidak dapat disiapkan pada masa
yang telah ditetapkan. Selain itu, kesan negatif ketagihan dalam melayari rangkaian sosial ini juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit belakang badan, sakit pergelangan
tangan serta menyebabkan mata keletihan kerana terlalu membuang masa di depan komputer dan selalu tidur lambat.
Ketagihan dalam penggunaan laman web sosial ini menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada diri kita lagi-lagi kepada pelajar. Ubah sikap dan susun jadual kita
sebaik-baiknya agar gejala ketagihan kepada penggunaan internet dapat dielakkan. Baik buruk sesuatu perkara datang dari
diri kita sendiri. oleh itu, ubah diri kita menjadi rakyat yang tahu menggunakan internet dan rangkaian sosial ini sebaiknya.