Hai..
Assalammualaikum..
Lama tak update blog. Hari ni memaksa diri untuk menjenguk blog yang lama di tinggalkan. Ilham untuk menulis entry terbaru tu ada. Tapi semua tersekat kat kepala otak ja. Tak terkeluar, tak terluah dan hilang macam tu sahaja.
Sekarang ni bulan puasa. Jadi di kesempatan ini ingin saya mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat selamat menjalankan ibadah puasa. (skema pula ayat aku, Sopan.. hehe..)
Ni nak story lain sebenarnya, bulan lepas punya cerita. Kisahnya aku nak pi bayar bil streamyx kat bank BSN. Aku tak tau pula waktu tu lepasan budak sekolah nak beli pin UPU. Kelakar bila sampai kaunter, pegawai BSN tu belek2 borang pembayaran (aku guna slip bank) beserta wang RM100.00.
Pegawai BSN : STPM??
Aku muka blur, dalam hati dah gelak sakan.
Aku : Eh, x la. Sy mo bayar streamyx.
Pegawai BSN : Oh, hehehe... (sambil bercakap dgn diri sendiri "stpm" pas tu gelak, sebut lg "stpm" pas tu dia gelak lg)
Time ni aku pon ikut sama2 gelak la. Kawan dia kaunter sebelah pon senyum jer.
Mak aku kata aku ni cam mak2 orang dah rhupanya walaupun hakikatnya bujang. Ari tu aku rasa muda la. Sebab aku lepasan STPM 10 tahun yang lepas. huhuhuhu...
Adiosss...
LoVe My FrieNds
Jul 6, 2014
Jun 5, 2014
SEBAB AWAK ADA YANG PUNYA
Hadirmu
membawa kebahagiaan
Buat aku
tersenyum
Buat aku
tertawa
Buat aku
gembira
Hadirmu
membawa seribu makna
Meninggalkan
perasaan yang berbeza
Meninggalkan
rasa istimewa
Meninggalkan
sesuatu di hati
Tapi apakan daya
Bagimu aku hanyalah kawan
Bagimu
aku hanyalah teman
Bagimu
aku hanyalah sahabat
Meluahkan
aku tak mampu
Melepaskan
pula terasa berat
Memilih
kekal sahabat pilihanku
Mencintaimu
biar aku saja yang tahu
Aku
gembira begini
Cukuplah
melihat kau tertawa
Cukuplah
melihat kau bahagia
Sabab
awak ada yang punya…
-Sophie-
May 29, 2014
KENANGAN PILU
Kenangan yang pilu
Menyesak
jiwa
Mengundang
air mata
Meninggalkan
kesan di hati
Mengimbas
kenangan pilu
Hati
merasa sakit
Kerana
luka yang tercalar
Mengundang
lara tak berkesudahan
-Sophie-
APA ITU CINTA???
Adakah
bahagia, gembira, ketawa itu cinta?
Adakah
derita, berduka, menangis itu cinta?
Apa itu
cinta sebenarnya?
Persoalan
bermain di fikiran…
Cinta???
Adakah
jawapannya begitu abstrak?
Adakah
jawapan tidak mampu di ungkap dengan kata?
Adakah
jawapan hanya diketahui dalam perhubungan?
Orang
kata,
Cinta itu
pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran.
Cinta itu
perasaan saling memberi dan menerima seadanya.
Cinta
bersulam keikhlasan membawa ke gerbang perkahwinan.
Tapi
cinta aku,
Kenapa
menyakitkan?
Kenapa
melukakan?
Kenapa
mengecewakan?
Aku
mencari jawapan.
Aku
mencari makna
Aku
mencari ungkapan.
Apa
sebenar-benarnya makna cinta…
-Sophie -
ANTARA
Antara
rindu yang tak terucap
Antara
rindu yang tergantung
Antara
rindu yang tak kesampaian
Ia cinta
yang tak terucap
Ia cinta
yang tergantung
Ia cinta
yang tak kesampaian
-Sophie -
Jan 7, 2014
MEREPEK??? TEREPEK??? KEREPEK?????
EH, DAH MASUK TAHUN 2014...
SELAMAT TAHUN BARU. HOPE TIDAK TERLAMBAT UNTUK MENGUCAPKAN..
Sudah lama aku tak buka blog aku ni wehh. Siap follower dah bertambah jadi 102 orang. Walaupun blog aku cam harem ntah apa-apa ntah tetap ada yang sudi bertandang. Terima kasih atas sokongan korang. Aku terharu wehhh... (ayat gedik ni).
Bila aku baca semula semua posting a.k.a entry dahulu kala, zaman purba, zaman batu dan zaman kuno aku. What the !@#$%&??? Banyaknya ketidakmatangan aku dalam penulisan. Bhahaha... Maaflah kerana kamu terpaksa membacanya. Ala, oke la tu. Menulis ikut tema apa: "Menulis untuk kepuasan diri sendiri". So, ada aku kisah. kehkehkeh......
Memang entry-entry aku dahulu kala tak menarik, boring, merepek, kekadang terepek. Nasib baik tak jadi kerepek. Tapi kalau jadi kerepek pun oke juga. Sambil baca korang dapat makan kerepek. Nah, tak ke hebat. Tapi mana ada baca blog kuar makanan depan skrin. Memang berangan la. Kalau ada hari-hari aku buka sebab nak dapat kerepek percuma. hahaha...
Walaubagaimanapun, untuk tahun baru ni aku tak menjanjikan entry-entry yang gempak, penulisan yang bombastik, blablabla...etc. Aku cuma berharap korang dapat membaca entry aku dengan penuh kesabaran. Errrr...
bubye..bubye...
lama-lama kang aku merepek bukan-bukan.
bubye..bubye...
lama-lama kang aku merepek bukan-bukan.
adios..
SEMOGA TAHUN 2014 MENJADI TAHUN YANG BERMAKNA BUAT KITA SEMUA.
Subscribe to:
Posts (Atom)