LoVe My FrieNds

May 29, 2014

KENANGAN PILU

Kenangan  yang pilu
Menyesak jiwa
Mengundang air mata
Meninggalkan kesan di hati

Mengimbas kenangan pilu
Hati merasa sakit
Kerana luka yang tercalar
Mengundang lara tak berkesudahan


-Sophie-

APA ITU CINTA???


Adakah bahagia, gembira, ketawa itu cinta?
Adakah derita, berduka, menangis itu cinta?
Apa itu cinta sebenarnya?
Persoalan bermain di fikiran…

Cinta???
Adakah jawapannya begitu abstrak?
Adakah jawapan tidak mampu di ungkap dengan kata?
Adakah jawapan hanya diketahui dalam perhubungan?

Orang kata,
Cinta itu pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran.
Cinta itu perasaan saling memberi dan menerima seadanya.
Cinta bersulam keikhlasan membawa ke gerbang perkahwinan.

Tapi cinta aku,
Kenapa menyakitkan?
Kenapa melukakan?
Kenapa mengecewakan?

Aku mencari jawapan.
Aku mencari makna
Aku mencari ungkapan.
Apa sebenar-benarnya makna cinta…


-Sophie -

ANTARA


Antara rindu yang tak terucap
Antara rindu yang tergantung
Antara rindu yang tak kesampaian

Ia cinta yang tak terucap
Ia cinta yang tergantung
Ia cinta yang tak kesampaian


-Sophie -