LoVe My FrieNds

Nov 11, 2010

Sukarelawan I

09/11/2010 hari pertama pergi membantu mangsa banjir di Taman Tabung Haji, Kedah. UUM bergabung dengan USIM membantu mangsa-mangsa yang memerlukan. Kebanyakan rumah memang teruk coz air memang naik lebih tinggi dari tahun 2005.Kiranya, ini adalah banjir paling teruk di Negeri Kedah kerana dari pengalaman orang sana rumah yang tak pernah banjir pun banjir, rumah yg dulunya banjir paras paha dah naik paras pinggang. Ribuan terima kasih kepada UUM dan USIM kerana membantu menggurangkan beban mangsa banjir kita.
Waktu taklimat pembahagian rumah.Setiap rumah akan dihantar seramai 4 atau 2 orang pelajar untuk membantu. Semua bersemangat dan tidak sabar untuk membantu mangsa banjir.



Rumah pertama, rumah dah basuh tapi pinggan mangkuk tak basuh lagi.Banyak sangat pinggan mangkuk yang perlu di basuh. Gambar ni menunjukkan gambar pinggan yang belum dibasuh, tempat membasuh dan selepas cucian. Masalah di sini ialah air sangat2 kecil dan menyebabkan proses cucian lambat sedikit dan memerlukan kami mengangkat air dari luar rumah. Apa-apa pun, kerja berpasukan yang diberikan oleh najwa, fira (aku la ni) dan syakila menghasilkan kerja yang memuaskan (puji tu,hahaha..)

Antara gambar-gambar lain :
Cik najwa basuh pinggan.

Syakila susun pinggan mangkuk.

Potong serai, kt sini dorang gotong royong masak tuk bagi makan penghuni taman Tabung Haji.

Menolong orang taman membasuh ayam.

0 comments: