LoVe My FrieNds

Jan 12, 2011

ZaMaN KeGeMiLaNgaN FoRm 6 (^_^)

Ni la kelas form 6 di SEMEKAR
Waktu ni kt0rang ntah brapa ramai, x ingat.
Tapi kt0rang 1 kelas saja & semuanya rapat.
Tu la tempat duduk asal aku.
Dari 6 bawah sampai 6 atas aku d0k sana.
Why dok blakang??
Sebab aku lambat masok form6.
Yg wat peace tu my friend name Dina.
Dah kawen p0n, tp aku x pi.
Coz waktu tu aku Kt semenanjung.
Ni la kelemahan blajar jauh2.
Kawan2 kawen x dapat datang.
Kalau balik or pi kantin p0n pi sama2. Best kan.
huhuhu...waktu form 6 kebanyakan kt0rang pegang jawatan.
So, kena la bekerjasama.
Waktu tak ada guru, mula la wat hal masing2.
Ada yg study, ada yang tid0, ada yg berangan, ada yg merayap ntah ke mana dan tidak kurang juga ada yang berg0sip.Hahahahhahhaha.....
Waktu makan p0n bleh lepak lagi.
Ikut bet0l, x bleh bawa nasi balik hostel.
But, ntah apa kes.Bawa ja..Makan..
Last paper STPM.
Terus merayap sekitar SEMEKAR.
Wajah2 ceria habis FinaL.
Dapat jawab ke tak dapat ke suma muka ceria.
Last day kt0rang sama2.
Sampi gerbang kitorang jalan.
Nasib bek semekar ni x la besar sangat.
Jadi boleh la r0und dengan berjalan kaki.
Zaman Kegemilangan form 6

p/s : waktu skolah menengah dulu waktu paling sr0nok. gembira jumpa ramai kawan dan sampai sekarang masih kawan. waktu form 6 memang best, tapi lagi best kalau x-semekarian pelajar 1985 (1998-2004) berkumpul.










PeNgguMpuL KaD ToPup


Tetiba rasa nak k0ngsi.
Dulu aku penggumpul tegar kad topup.
Waktu diploma la.
Yang helaian kertas p0n aku smpan juga..
Hahahhahaa...Dasat kan.
Pas tu, Kira punya kira...
Waa..banyak juga aku abiskan. Ishk2...
Tapi sekarang, aku x kumpul dah..
Sebab aku suka beli topup yang trus masuk. 
Klu x p0n, secara on9 jer.
Adakah ini membuktikan aku pemalas..
Nop..Jimat masa.
Tapi klu topup x masok risau juga.
Hahahahahhaa...........
Sampai sekarang kad topup tu aku simpan wat pekasam.
Len kali la aku buang, asa syg plak..huhuhu..

Miss XieRza


Tetiba rasa nak perkenalkan diri plak.But, x la detail sangat sampai alamat umah p0n aku bagitau. Karang aku bagitau alamat penoh, takot juga orang datang meminang. Ceh, prasan jap.Hahahahahahahaa............
Actually, XieRza ni Nama saintifik aku. Bukan sapa2 yang cakap, tp aku yg menggelarkannya. Suka hati aku la , sbb ni nama aku. Jadi aku leh wat apa2 p0n. Hahahaahaha.... 

Asal usul nama ni wujud cam ni:
1. Mula2 sbb aku suka huruf X (x dak sbb) dan Z (sbb pangkal nama ayh Z)
2. Pas tu nama aku ke tiga hujung ira
3. Maka, tercipta la XieRza n Xziera
4. Lastly, aku pilih Xierza coz senang skit nak seb0t
but sometime still guna nama yg 1 lg tu.

Korang jangan cakap aku tiru diadoran Rexona (x tau ejaan) or keta exora sbb nama hampir nak sama. Nama ni tercipta sebelum kreta proton exora ni kuar lg.Aku asa dia yang tiru nama aku ni. N waktu ni aku x tau p0n kewujudan diadoran tu..So, maknanya, nama saintifik aku ni ori la.Hahahahaha..

Lain-lain aku x leh kongsi.maaf...tunggu aku jadik artis dulu baru aku share semua..miahhahahhaa...


Jan 8, 2011

KePuTuSaN KuaR BeS0k

FIERA IS NERVOUS
Errkk.....
Aku asa nervous la plak. 
Esok keputusan nak kuar. 
Erkk, jant0ng aku tercabut. 
Help..Help..huhuhuhu...

FIERA DOES NOT WANT
Aku x nak tau.
Tak0t2..Tidakk.
Cam mana la keputusan aku ni.
Ok ke K0 tgu bes0k.
waaaaa..........Tak0t.

FIERA IS STRESSED
Aku x tau la.
Time exam aku banyak tensen.
Gila tensen time tu.
Aku tensen sampai kawan p0n x brani teg0 tu.
asa Nak hant0k je kepala kat dinding.

FIERA IS DISAPPOINTED
Lamanya aku asa.
Sedangkan es0k dah.
Waaa...aku x nak tau.
Tapi kena tau juga kan.
Erkk..apa dah...

FIERA WANTS TO DIE
Ooh tidak..
Mati aku.
Apa lah keputusan aku.
Ntah la..
Aku x nak pikir dah..
cukup..cukup.
Stop.



Jan 4, 2011

Citer Time Aku CoM0t2 DuLu.Time DaRjaH Satu La..

Aku tengok berita ari tu. Tg0k keadaan adik2 kita darjah satu masuk skolah.. Macam2 gelagat bleh nampak. Bukan stakat adik2 kita ja, mak bapa p0n ikot teruja datang sk0lah. Siap Tunggu sampai habis skolah tu. Sapa sebenarnya nk masuk skolah ni?? Huhuhuhu...Aku gelak ja teng0k adik2 tu, ada yang nangis, ada yang lari ada n ada juga yang trus lupa mak ayah dia. Ya lah, teruja sangat..Hahahhahaa....Waktu tengok gelagat dorang tu, terimbas kembali kenangan waktu aku darjah satu.Perghh.....Aku pun lebih kurang sama ngan dorang juga k0t...

Waktu darjah satu, mak aku yang hantar n daftarkan aku. Aku ari first cm besa la, tersengih2 cam kerang busuk. Jumpa guru kelas, bleh plak dia cakap klu aku nakal dia nk gigit aku. Aku trauma sampai sekarang. Hahahhahhaa....X dak la trauma sangat, takat berbekas kt otak aku smpi sekarang la. Brapa tahun dh aku tinggalkan alam sekolah rendah..19 tahun.Fuh..aku still ingat. Korang x asa ke otak aku ni memang mempunyai daya ingatan yang kuat. Hahahhaa...Prasan skejap.

Lagi, ari pertama juga... Aku sebenarnya pemalu. Pemalu x bertempat. Memang hampeh la time tu. Waktu rehat la masa saat2 sedih aku. Dengan berbekalkan 50sen, aku pi kantin..Oh my g0d, ramainya makhluk..Aku memang x biasa ngan situasi ni. Apa lagi aku blah ja dari kantin wlupun perut aku dah berdendang irama malaysia dah. Time tu asa nak nangis sbb lapar. Huaaaaa...sob..sob..sob. Pas tu kakak aku satu skolah ngan aku, dia darjah 2 n aku darjah satu..Kiranya dia senior la... Aku ngadu la kat dia, bleh dia cakap aku ni bodo sbb pasal tu p0n takut. Hah, kan dah kena. pas tu dia bagi aku mkn kacang jer..Ishk2, kedekot.. Tapi aku bersyukur la juga sbb ada juga makanan untuk dikunyah..huhuhu.....

Setiap ari, bekalan aku 50sen sahaja. Dan kebanyakan ktorang waktu tu 50sen dah cukup. Zaman sekarang, RM2 pun blum tentu cukup..Nak tau sebab apa, 20sen bleh beli nasi lemak or me goreng n 30sen boleh beli air.Murah kan...Sapa yang lahir selepas beberapa generasi aku tu memang malang la..Hahhahahahhahaa.....Hah, pasal peristiwa aku tak brani pi kantin tu hanya bertahan untuk beberapa hari saja lah. X sampai seminggu, aku asa aku paling brani kot. Siap boleh main tolak2 lagi waktu nak membeli.. Hambik..Dari kecik sampi kebesar aku asyik berebut, sampai masuk U pun aku still berebut.Bereut naik bas..Hahhahahaha....

Eh, aku merepek la plak. Balik semula ke pangkal jalan...Pasal aku jadi dak darjah satu. Lagi, masa darjah satu tu aku memang la tak pandai lagi pasal bab sebutan2 ni. Maklumlah, waktu tadika dia cikgu x ajar nak sebut nama pelik.Waktu darjah satu, ada 2 orang pelajar lelaki aku x bleh sebut nama. Sorang aku x pandai sebut nama dia n yang sorang aku x reti nak sebut nama bapa dia. Klu ku ingat balik, sebenarnya senang ja nak sebut. Maybe time tu kecik lagi k0t, lidah pun keras cam kayu lagi, tu pasal susah nak sebut. Tapi moral of the story, aku ingat nama dorang sampai sekarang wlu bertahun dah x jumpa..Terharu x dapat kawan cam aku.Hahahhaa....

Time dalam kelas, waktu tu la kita bleh lihat sesi suai kenal. Ni bab paling aku x suka..Hahhahaha...Tapi klu berkenalan sesama sebdiri aku suka. Macam citer aku ni, waktu tu duduk satu kelompok, meja sambung berdepan2.Jadi, dia bleh tg0k aku, aku leh tg0k muka dia. Jadi, hubungan tu cepat ja terjalin. Ceh, ada conecti0n gitu..hahahha..Aku x bleh lupa lagi sejarah perkenalan tu. Cewahhh...."hye, siapa nama ko?"... "o0, nama saya maya.yg sebelah ko tu kawan ko kah?"... "iya, nama dia sri.sebelah ko sepa?".."yang ni sepupu saya, nama dia erna"..."O0oo...bleh kita kawan???"..."bha, bleh bha..pas ni kita kawan aa..." wwaaaa...............tetiba aku touching la plak...Hahahhaa...

Banyak lagi kisah aku time zaman aku c0mot dulu.( mcm la sekarang aku x c0mot) Hahahhaha.....Tapi, aku kongsi yang ni ja lah. Sbb karang klu aku menggarang panjang lebar korang pun x larat baca kan. So, aku st0p la. Nanti, bila ada crita yanng aku nak k0ngsi lagi aku p0stkn.Huhuhu...

Waktu sekolah menengah, Time darjah satu x ambik gambar.Huhuhu..
Ni time aku Form 6.Hah,yang paling c0mel tu aku la tu. Hahahhaa..Perasan lagi.





Jan 2, 2011

SiNdr0m AnaK KeDua

Huh, tajuk yang dah lama aku nak kongsi sebenarnya. Aku nak citer pasal sindrom anak kedua sbb aku p0n ank no 2. Hehehhee..... "Psychiatrist" barat menamakan hal keadaan ini sebagai Sindrom Anak Kedua (second child syndrome) atau Sindrom Anak Tengah (middle child syndrome). Kekadang, bagus juga cari benda2 mcm ni. Bukan setakat menambahkan ilmu tapi untuk peringatan dan cuba memperbaiki sikap yang ada. Aku bukan pakar motivasi, tapi aku suka motivasi. Sebab dlu cita2 aku nak jadi pakar psikologi. Tapi x tercapai la plak.Huhuhuhu....


Sindrom Anak Kedua atau ‘The Second Child Syndrome’ adalah dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Selain itu, anak kedua juga tidak gemar dikongkong serta sukar di fahami. Aku macam ni ker???? Skit je k0t.Hahaha...Rasa macam yang prangai negative suma bagi anak kedua. Kesian ank no dua ni.Kita x boleh lihat dari sudut negative ja. Ada juga sikap yang positif dari anak kedua ni. Antaranya, anak kedua lebih pandai berdikari. Campak ja kat mana2 p0n masih lagi bleh hidup. Lagi, mereka lebih mudah dapat kawan. mungkin sebab anak kedua ni fleksible. Apa2 p0n, korang baca la sampai habis k.


Kata bijak pandai mengenai sindrom anak kedua :


Berlaku kerana kehamilan tak dirancang 



Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi 


“ Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik,” Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat 


“Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan. 


“Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia. 

“Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. 

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak. 

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri. 

Anak Kedua Lebih Fleksibel 

Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. 

“Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. 

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap ‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. 

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya,” jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions. 

Berdikari dan degil 

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel. 

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter. 

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak. 

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

Mitos pasal anak no dua :

Anak manja ibu
Huh, skit2 ibu..skit2 mak...skit2 mama...manja bet0l.

Anak degil
Lebih degil, keras kepala dan tidak mendengaar kata. Semua dia saja yang betol. pas tu, kemahuan dia kuat, klu wat sesuatu tu sungguh2 tapi klu dia tak nak, tak nak la jawabnya. Boleh dipujuk tapi slalunya x jalan sangat la.

Tak pandai pujuk
Hahaha...ntah la. Anak no dua ni x pandai pujuk pakwe or makwe dia...Memang malang la korang dapat pakwe/makwe anak kedua.

Bercinta
Dia, klu bercinta..Mak aiihh...Penuh setia dan sanggup berkorban.

Hitam/Putih
Degil x boleh toleransi. Klu hitam..hitam la..Klu putih, putih la...

Hati
Memang anak no dua ni nampak keras, tapi hati lembut tau. Satu peel dia, x leh kena tegor. Klu tegor, t dia tarik muka..

Berdikari
Memang independent...Mudah bergaul. Campak la mana2 p0n, tetap leh hidop & mudah ja dapat kawan. 

Arahan
Payah nak trima arahan. Lebih suka wat hal sendiri. Ramai anak no dua keja sendiri..Bagus2, x payah keja makan gaji..huhu..

Pemaaf & Caring
Memang dorang ni ada sifat2 kebaikan seperti ni. Tapi AWAS, jangan bagi dorang marah. Klu marah, faham2 lah. Huhuhu...

Pakaian
Suma nak kemas pas tu nk yang up to date jer..Klu x up to date x boleh..??? x paham aku..


Ntah la, pasal mitos anak no dua tu aku x tau la kesahihan dia kan. Tapi aku sebagai anak no dua, aku asa ada juga yang tak kena pada aku. Yang lain tu tipu, x dak kena mengena ngan aku p0n. Hahahaha........Wlu paper p0n, aku nak cakap ank kedua tetap best. Tak kisah la kamoo tu sulung kah, bongsu kah...yang penting masing2 punya perangai tersendiri. Jangan nak banding2kan. Terima seadanya....(^_^)

Aku bangga jadik anak n0 dua (^_^)

    

X daK BeRiTa SuKaN LaiN Ker.........

Harimau Malaya..
Tahniah sekali lagi.
huh, skali lagi aku bg persepsi pasal bola sepak yang aku x minat.
Tapi, napa entry ni muncul lg.
Hahahahha......
Aku tau dorang menang.
Penantian selama 14 tahun akhirnya tercapai.
Nampaknya Malaysia menjadi pasukan bola sepak yang digeruni.
Bangga tu...
Tapi yang aku nk cakap ni.
Ishk2..Aku bosan tgok brita tiap2 ari.
Asal berita sukan ja, bab ni la yang terkeluar.
Tak dak crita len kah???
Tak kisah la..
Sbb dorang tengah hangat.
Tu suma pasal citer dorang.
Sekarang, bagi la puji2an.
Klu tetiba Malaysia kalah (harap2 x la)
Mesti dilupakan jasa mereka menjuarai AFF Suzuki Cup.
Confirm la kena kutuk pas tu.
Dah terbukti dah.
Macam pemain badminton Hafiz Hashim.
Dia penah menjadi Juara Perseorangan All England.
Tapi pas tu dah x menang dah.
Banyak juga kritikan yang dia trima.
Sabar je la.

Apa2 pun, aku harap prestasi suma pemain kita akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan membantu menaikkan nama Malaysia lagi. 
Majulah Sukan Untuk Negara

Jan 1, 2011

SeLaMaT DaTaNg TaHuN BaRu

2011 Happy New Year Graphic 3

Hari ni 01/01/2011
Selamat Datang Tahun Baru.
Semoga Tahun Ini Lebih Baik Dari Tahun Lepas.


Asal tahun baru mesti orang tanya,
"Apa azam baru?"
Huhuhu..Soalan klise dr dulu lagi.
Buat apa letak azam kalu x pernah tercapai.
But, azam tahun baru terpulang pada individu tu sendiri.
Kadang2 azam tahun baru memberi motivasi.
Tapi motivasi perlukan setiap masa.
Huhuhu...Aku x nak merepek panjang lebar la.
Aku pun x tau aku cakap apa.
Hehehehe...

2011 Happy New Year Graphic 8

Happy-new-year-21