LoVe My FrieNds

May 27, 2012

KETAGIHAN PADA INTERNET MEMBERI KESAN NEGATIF


Kepesatan pembangunan teknologi di Malaysia dalam penggunaan internet semakin meluas kini. Ini terbukti dengan wujudnya pelbagai laman web yang ditawarkan seperti rangkaian sosial, rangkaian pembelian atas talian, rangkaian perbankan online, rangkaian kerja kosong dan banyak lagi. Dengan wujudnya internet, ia memudahkan pengguna melayari dan mencari apa juga maklumat yang di ingankan.


Tetapi kewujudan rangkaian sosial seperti Facebook, Tagged, Twitter, Yahoo Massanger, MiRc, "Game Online" dan lain-lain menjadikan ada sesetengah pengguna terlalu taksub dengannya dan menimbulkan ketagihan sehingga mengabaikan perkara lain yang berlaku di sekeliling mereka. Contohnya pengguna menghabiskan masa bejam-jam sehingga lewat malam, menangguhkan kerja yang lebih penting akan menyebabkan kurangnya hubungan  komunikasi dengan orang sekeliling dan  kerja penting tidak dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, kesan negatif ketagihan dalam melayari rangkaian sosial ini juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit belakang badan, sakit pergelangan tangan serta menyebabkan mata keletihan kerana terlalu membuang masa di depan komputer dan selalu tidur lambat.


Ketagihan dalam penggunaan laman web sosial ini menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada diri kita lagi-lagi kepada pelajar. Ubah sikap dan susun jadual kita sebaik-baiknya agar gejala ketagihan kepada penggunaan internet dapat dielakkan. Baik buruk sesuatu perkara datang dari diri kita sendiri. oleh itu, ubah diri kita menjadi rakyat yang tahu menggunakan internet dan rangkaian sosial ini sebaiknya. 







                                                                     

5 comments:

Miss FieRa said...

bila baca balik cm hampeh plak aku rasa...penyusunan bhasa yg ntah apa2 ntah..dn x ilmiah...hohoho...tu la, wat last minit x sampai pn stgh jam cm ni la hasil dia...

Anonymous said...

kasi la bole right click mcm mana nk print kalau macam nie dh la cikgu nk hri jumaat nie

Miss FieRa said...

akk baru baca msg adk. maaf x leh right clik dik..

Anonymous said...

U ke yg tulis artikel tu?

Miss FieRa said...

(^_^)