LoVe My FrieNds

Jun 7, 2012

Story Mory

hukhukhuk...
aku just nk story mory je pasai citer yang aku tengok tadi...
korang pernah tengok cerita Jumbo Gajah Biru x???
ni poster dia:

sebenarnya citer ni dah lama. pernah tengok sikit tapi rasa boring.
and tak pernah tengok sampai habis pun.
pas tu hari ni main kat tV2..apa lagi, layan la sebab tak dak citer best...
tengok pun dah separuh dah....citer ni best juga...
paling penting sedih, air mata aku cam air terjun.
menangis sorang2 kat bilik tv, nasib bek x dak orang.hahhaha..


Sinopsis Filem Jumbo Gajah Biru :sumber

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? 



kalau nak tau, korang tengok la sendiri...
hahahhaa...tu je  nak bagitau..

0 comments: