LoVe My FrieNds

Dec 24, 2012

Belajar Memandu Part 1


hallu..hallu......hehehe...suma orang ada pengalaman belajar memandu kan. aku pun ada juga, jadi aku kongsi la kat sini. walaupun cerita aku tak best pun. hahhahhaa...

kebanyakan orang ambil lesen kereta atau lesen motor waktu muda-muda lagi. aku 27 tahun baru nak ambil. ermm, masih muda kan??? hihihi..... aku ambil lesen memandu ni pun sebab ingin mengisi masa terluang sebagai seorang pengganggur yang berjaya dan sebab lain mak aku nak sponser. so, nampak peluang ni aku belajar la. rezeki aku ambil lesen memandu. tapi lesen kereta je la, nak ambik lesen motor mak ngan bapa aku tak bagi. bahaya katanya. dah la aku bercita-cita nak bawa motor besar. ceh, besar impian aku tapi motor biasa pun aku tak boleh angkat. apatah lagi basikal, langsung aku tak pandai bawak. nanti dulu la lesen motor. aku ambil lesen kereta dulu. dah pandai karang aku ambik motor pula. huhuhu...

aku daftar 21/ 12/ 2012 pada hari jumaat. niat nak mendaftar sahaja tapi rupa-rupanya masuk kelas terus. aku dengan mata yang masih rasa mengantuk dan tidak bersedia. masuk kelas je la. dalam kelas aku nampak kabur je walaupun duduk paling depan sekali. cuba buka mata bulat-bulat walaupun sepet. hari tu juga di adakan ujian warna secara manual. ngantuk-ngantuk aku dan tak bersedia aku pun full mark. rezeki lagi. Alhamdulillah..... semua orang yang hadir waktu ni semua lulus ujian mewarna.

0 comments: