LoVe My FrieNds

Dec 29, 2011

Ku Suka Lagu Ini


Ombak Rindu - Hafiz & Adira


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku


Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku



Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

TuGu PeRiNgaTaN DouBLe SiX

penah dengar tak tugu peringatan double six?
aku pun tak tau benda ni wujud kt sabah.
ni pun sbb aku pi makan berhampiran tugu ni.
s0 , aku nak k0ngsi kat korang suma.


Tugu peringatan ni dibina untuk menandakan tapak tragedi "Double Six" yang telah mengorbankan sebahagian pemimpin tertinggi Negeri Sabah dalam nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976. 


Korban trajedi nahas seramai 11 orang. bawah ni ada senarai nama mangsa. klu nak baca lagi jelas klik je gambar tu. bleh besar g k0t...



p/s: kadang2 kita tak sedar apa yang ada di sekeliling kita.

Adakah si Dia Jodoh Kita????


Ni aku pungut ntah dari mana.
kalau tak silap aku c0py dari s0meone dalam tagged.
ntah sape, aku tak kenal.
bagi k0rang benda ni leh pakai ker?
bet0i ker???
bleh percaya ker???
mungkin ada betulnya tapi......
but f0r me it's just a theory 0nly.
te0ri x semestinya betul...
kalau dibuat kajian kepada 10 orang, mungkin hanya 8 orang yang berjaya.
2 0rang lagi gagal...s0??????
fikir sendiri.
but benda ni untuk sy0k sendiri bleh la...
ske juga baca benda2 macam ni. hehhehee......


10 Tips Yang Menunjukkan 'Dia' Adalah Jodoh Kita...


1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
" Manusia merancang, Allah menentukan."

cute anime romantic couple luv

Aku & Bulan JuLai


tada.... aku nk k0ngsi bulan kelahiran aku plakk. aku lahir bulan 7 a.k.a Julai. apa best bulan Julai ni aku tak tau. dh la tarikh birth aku sebijik tarikh  Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat (1776) dan Hari Persahabatan Filipina-Amerika di Filipina. lagi, tarikh kelahiran aku ni merupakan hari ke-185 (hari ke-186 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. wah..cam mana aku tau suma ni...aku teng0k dari sumber pkck go0gle.. 

ni detail pasal bulan kelahiran aku. nak kata betoi 100% x juga. maybe 80% tu ada benarnya. jadik, nak kenal aku mudah jer..ambik la 80% dalam detail bulan kelahiran ni. hahahhaha.....just kidding.


JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tidak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh temeh
Bimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan pengasih serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kalau tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat
Rajin dalam membuat kerja 


....



Dec 27, 2011

Qu0tes 7

Dec 20, 2011

Lesung Pipit


buang tebiat jap. tetbe aku nak cerita pasal lesung pipit. 
walaupun semua org dah tahu apa tu lesung pipit...aku x kisah..
nak juga wat entry ni tuk membanyakkan lagi bacaan2 aku di masa tua nanti.
ari ni aku nak menggumumkan semua org yang berlesung pipit adalah cacat.
perghh...dasyat giler ayat aku. x dak tapis2...miahahaha..
walaubagaimana p0n...kecacatan anda itulah menjadikan anda c0mel dan menarik.
dan saya suka lelaki yang ada lesung pipit belah kiri jer..kanan tak mau. hahahhaa...
ini adalah pengakuan exclusive tanpa bayaran dari XieRza.

‘Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi'
- Sumber: Madsci network dan Wikipedia

Preity Zinta yg c0mel

Dec 19, 2011

Twitter

aku dah wat akaun twitter...nama sama cam blog aku XieRza Da LiMiTeD.
tu je aku nak cakap.
miahahhahhahaa.....

Dec 18, 2011

JusT Phot0







New Design

Salam t0 all..lama benar aku x membebel dalam bl0g aku.
buka p0n just tg0k2..eh, ada follower baru. thanks my new friends.
pas tu klu k0rang peraan aku tukar design baru.
tak perasan k0t sbb blog aku ni k0rg jarang masuk. tau dh.hehhehhee...
x per, aku x ubah banyak p0n just tukar body layout dr 3 ke 2.
lain2 aku tak tukar sbb sayang. pendek kata aku x leh kuar dari kebiasaan.
(^_^)

Dec 2, 2011

CaNdid TiMe CoNtesT

Hye you all...
lama giler k0t aku tak update bl0g.
nampak sangat aku bz kan (bz wat taik mata k0t)
miahahhaa...sy0k sendiri.

actually, aku update blog sebab nak join c0ntest.
sebagai silent reader yang berjaya.
aku suka benda-benda cam ni  coz amat menarik untuk dibaca dan ser0nok tuk join. slalu baca jer, tp kali ni aku nak masuk..masuk bertanding..huhuhu.. kalau korang nak join, just pi kat blog adik muna a.k.a budak comel ni tuk tau lebih lanjut. but, lebih baik k0rang ikut bertanding beb, c0z hadiah dia agak menarik juga la..


tema picture adalah candid...candid...
payah juga aku nak k0rek folder picture2 aku ni.
cam cari barang kecik dalam st0r yang penuh. 
klu bleh misscall lama dah aku call. sabo je la...huhuhu...

1st pic: My best friend Ina
Like this picture s0 much....why???...n0thing, just like it....(^_^)
Ina nampak sangat teruja mengutip bunga.hahaha..

2nd picture: Time ni ada sukan tradisional kt DPP Petronas, UUM.
time ambik picture ni tetbe ada kumbang datang hinggap. 
tu sebab bunga2 lain sebok menghalau.hehehhe..

3rd picture: Jamuan blok EF ngan Super Seni0r
Best k0t dapat seni0r cam dorang ni. sp0ting and gila2 ckit.
lgpun umur lebih kurang ja tu yang senang masuk.huhuhu..

tu je la gambar2 yang aku boleh share. aku tak leh bubuh picture candid yang extrime sangat. lawak tu memang la lawak kan. tapi takut 0rang dalam pic tu plak yang menyumpah2 nanti sampai 7 keturunan pun tak habis2. hahhahahhaa.... 

o0, hampir terlupa. aku kena tag 2 org. sapa nak kena tag, angkat kaki..angkat kaki..tu dia, angkat kaki sungguh tu..hahahha..x nampak p0n. ok, serius2. aku nak tag Askidah and Faizah.



p/s: kalau menang aku ske..klu kalah pun aku x kesah..lgp0n, banyak pesaing k0t. huhuhu.. menang kalah adat bertanding.