Habis SPM → Bila ada BF?
Habis Diploma → BILA nak Tunang?
Habis Ijazah → BILA nak Kahwin?
Dah kerja → BILA lagi???
NEXT NEXT NEXT BILA...
Dah kahwin → BILA nak ade baby? 2nd? 3rd? etc
sebenarnya aku copy ayat ni dari status kawan aku kt FB, nama dia Noi.... tak tau la dia dapat dari mana kan tapi ayat ni sangat menarik minat aku... bagi aku, ia adalah realiti a.k.a fakta tp tak tau la bagi orang lain. kenyataan apabila meningkat dewasa, soalan ini akan di tanya oleh orang-orang sekeliling kita termasuk la kita sendiri sama ada sedar atau pun tidak. Antara soalan BILA yang aku kumpul dari penyoal aku adalah :Dah kahwin → BILA nak ade baby? 2nd? 3rd? etc
Kakak Kahwin - "kakak dah kawen, adik dia BILA lagi??...."
Umur 27 - "kakak kawen umur 27, ni ko 27 BILA mo kawen?....."
Sepupu Kahwin - " aii, ko BILA lagi??..."
Datang kenduri kahwin kawan - " yg ni BILA lagi??...."
Jumpa kawan lama - "Fira, bila nak kawen ni?? dh tua dh fira..."
hoh0ho..kekadang agak rasa tidak selesa apabila di tanya soal kahwin. sebab bagi aku perkahwinan bukan perkara mudah. banyak yang perlu di fikirkan, memerlukan persediaan dan paling penting komitmen dalam menjayakan sesuatu hubungan tersebut. aku kagum bagi pasangan yang telah berkahwin samada kahwin muda atau lambat dan melihat mereka bahagia. itu maknanya mereka dapat mengharungi bahtera rumahtangga dengan baik.
bila memikirkan perkahwinan, banyak yang aku bayangkan.. dan lebih banyak menakutkan diri aku sendiri.. adakah kerana aku terlalu banyak berfikir???.. hahahha.... apa-apa pun saat itu akan tiba juga nanti. dekat atau lambat semua atas
ketentuan-Nya. Amin... (^_^)
sumber : Google Image |
0 comments:
Post a Comment