Dalam diri aku ada satu dendam
Dendam yang sudah lama sebati
Dalam setiap sudut yang sukar dilihat
Dan susah untuk ku hapuskan
Adakah kerana aku tidak pernah meluah
Adakah kerana aku selalu berpura
Adakah kerana aku terlalu memikirkan
Atau adakah kerana aku sudah berputus asa
Sikap ku dulu dan kini berbeza
Selalu berdiam dan berfikir
Suka buat hal sendiri
Senyap
Mereka kata memahami, tidak
Mereka kata mengetahui, tidak
Mereka kata aku salah, tidak
Mereka kata aku betul, tidak
Mereka meminta tapi tidak memberi
Mereka memohon tapi tidak memberi
Mereka memohon tapi tidak memberi
Mereka mengharap tapi tidak memberi
Mereka membetulkan tapi tidak juga memberi
Perlukah aku terus bersabar
Mengabai rasa sendiri
Terus menangis sendiri
Dan aku menjadi semakin penat
Semua yang ku rasa telah menjadi dendam
Ku rasa sekeliling salah
Ingin ku lari entah ke mana
Pada siapa lagi mampu ku mengadu selain-Mu
Yang lebih mengetahui dan memahami
0 comments:
Post a Comment