LoVe My FrieNds

Feb 19, 2013

Geli or Takut ???

Selalunya perempuan ni geli akan binatang-binatang yang........ Susah nak describe. Hahaha... Contohnya, cicak, lipas, cacing, ulat dan macam-macam lah... Kalau kat rumah, binatang yang paling di geli adalah lipas. Tahu lipas tu kecil, tapi takut dan geli pada lipas tu macam dia sangat lah besar. Lagi sebab dia bersayap. Really ????........ Betoi, tak tipu. Cuba kalau lipas tu muka dan bentuk macam hamster pastu sayap dia macam burung. Kompem la, tiada orang pun geli pada lipas. Siap buat pet banyak dan jual lagi. Hahahaha.................

Selain lipas, binatang yang di geli adalah ulat / ulat bulu dan termasuk cacing la tu. Yang ni mak aku paling geli. Terjerit-jerit cam ulat tu nak makan dia. Kekadang gelak juga tengok. Hahaha.. Oh mak aku... Kami adik beradik perempuan plak tak la takut or geli sangat dengan ulat. Siap pungut guna tangan lagi, pas tu buang. Kecuali ulat bulu.. Kalau tak mau jari berlobang jangan nak pegang. Kalau cacing ada rasa geli tapi bleh di kawal la. Maknanya tak geli sangat sebab waktu kecil-kecil dulu selalu ikut ayah pi memancing. Kalau cicak, kami semua pandang sebelah mata jer. Tak heran pon dia berlegar-legar. Cuma rasa cam nak lastik jer. Kadang-kadang siap suruh kucing tangkap. Hahahaha......... 

Dalam rumah aku sorang je penakut labah-labah. Lagi-lagi tarantula. Erkk, aku jumpa kat tV je pon tarantula tu. Nak tau cam mana aku jadi penakut pada labah-labah? Begini ceritanya. Hahaha.. Kat channel apa ntah aku tak ingat. Masa tu umur aku belasan tahun lagi la. Citer dia pasal dokumentari labah-labah Tarantula. Selain menceritakan Tarantula binatang yang merbahaya dan sangat besar, dia fokus badan labah-labah tu sampai bulu2 halus kat badan binatang tu kelihatan. Sejak dari tu, aku takut. Asal ada labah-labah besar kat tandas. Aku tak masuk, siap tahan lagi sampai labah-labah tu hilang dari tandas. Aku kalau dah takut, bunuh pun aku takut.. huhuhu.............


Feb 11, 2013

Sangat Kehilangan.........

Oke..suma orang BZ wat entry pasal PSY wat persembahan Ganggam Style dia waktu majlis rumah terbuka tahun baru cina kat Penang, tapi bukan aku. Sorry babe, aku malas nak ulas sebab lagu tu pun aku tak minat. Dan apa yang terjadi sewaktu konsert plak, lagi aku tak mo ulas walaupun dah tersebar kat Facebook dan Blog2. None of my business. Hohohh0... Blog aku, cuma cerita pasal diriku sahaja dan apa yang aku rasa nak luahkan. 

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni berkenaan tentang kehilanganku, sedih babe. Aku selalu bawa dia ke mana saja aku pergi. Susah aku nak tinggalkan. Berpanas, berhujan, bersusah dan bersenang bersama-sama. Dia selalu tolong aku, bila aku tak nampak. Selalu menerangiku tanpa mengira waktu siang dan malam, 24 jam. Kalau tido p0n aku bawa dia sekali tido bersama-sama. Tanpa dia, tak bermakna hari-hari aku. Sob..sob..sob....nanges. 

Erkk, jangan salah paham. Aku just kehilangan CERMIN MATA jer. Hoh0ho.. Waktu aku nak pi kenduri kawen kazen aku tu, nak lap la cermin tu. Nak bagi clear katanya. Pas tu, ntah cam mana aku kah yang ganas atau dah sampai ajal cermin mata aku ni tetiba tertanggal kat tepi. Huwaaaa.....cemas-cemas. Dh la aku tak dak backup cermin mata, kanta lekap lagi la. Nak tak nak, aku pi la kenduri kawen tanpa pakai cermin mata. Sadis siot, muka pengantin pun aku tak nampak. Hahahhaa....naseb baik aku kenal kazen aku. Dan aku buat-buat nampak saja la. Hahahaha......

Ni cermin mata aku.
Ha, tu.. Nampak tak tu. Nampak kan. Disebabkan cermin mata aku tu patah, aku nak bagi pakai bandage la. Boleh la pulihkan sedikit dan boleh pakai sementara waktu. Aku cari pelekat a.k.a solitip lain tak jumpa. Plaster ni ja la harapan terakhir. Hihihihi........ (Sengal ko Fiera). Nak pi kedai cermin mata, tutup katanya. Kan Tahun Baru Cina. So, aku buat cam ni dulu la. Sementara jer. Sekarang pun tak selesa nak pakai. Rimas jadinya. Budjet nak beli novel Fixi terpaksa dibatalkan untuk menggantikan bingkai cermin mata aku. Sedih....sob...sob...sob...Nak beli buku. Tak apa la, lain kali k Fiera somel (Pujuk diri sendiri). Terpaksa buat kos melepas. (^_^)

Dah habis cerita pasal Cermin Mata. Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada kawan-kawan yang berbangsa cina. Selalu kalau tahun baru cina kat hostel, aku selalu dapat Limau dan Kacang. Angpow je aku tak dapat. Hahahaha..... Ni adik junior yang bagi. Sebab aku rapat dengan dorang. Huhuhu..Senior kesayangan (Perasan). Daa.......Happy Holiday buat yang lain. (^_^)



Feb 10, 2013

CINTA ITU SULIT

Ini semua poyooo..... hahahhaa......

"SULIT" di sini bukan bermaksud fail sulit or hubungan sulit yang terlarang oke... Saja ja letak tajuk tu. Sebab aku dah terbiasa dengan tajuk "Cinta itu Abstrak", "Cinta itu Misteri" or "Cinta itu Buta". Cinta itu Sulit pun dah ramai orang pakai kot. Tapi aku nak guna juga perkataan sulit ni. Hahahhaha......

Tanpa sedar meminati seseorang itu mudah, tapi untuk jatuh cinta itu adalah susah. Adakah apabila kita rindukan seseorang itu menunjukkan kita cintakan dia. Boleh di katakan ya, dan boleh juga dikatakan tidak.. Sulitnya memahami apa yang ada dalam hati. 

Bila meminati seseorang, perasaan itu hanya sementara. Bila hilangnya orang yang diminati, akan dikenang dengan senyuman. Dan masa akan membuatkan terlupa. Sekali sekala menggingati, senyuman terukir di hati dan di bibir. Tetapi bila dengan orang yang di cintai, ia sangat berbekas di hati. Bila hilangnya Orang yang dicintai, akan terluka dalam yang meninggalkan parut. Dah pakai foundation pun masih nampak kesan parutnya. Senyuman di bibir tetapi hati menangis. Masa berlalu bukan penentu, di satu sudut hati sukar untuk dipulihkan.

Kisah aku, kadang kala aku kompius dengan diri aku.Adakah aku cintakan dia?????? Aku gembira bila dia ada, bila berborak dengannya membuatkan aku tertawa, bila dia hilang aku selalu rindu, bila dia menyepi aku risau. Dan bila perasaan ini bercampur aku menangis. Si dia bagiku hanya seorang teman dan sahabat baik. Tapi kehadirannya sentiasa aku nantikan. Am I fall in love??? Oh sulitnya perasaan ini.

Malas juga melayan perasaan, sebab yang aku dapat hanyalah luka. Aku abaikan perasaan yang mendatang. Tetapi bila sunyi, buat aku teringat. Ingin ku lari, tapi tak mampu. Bila ku sedari ia bukan di genggaman, aku terpaku. Suitnya cinta, sulitnya memahami, sangat berahsia. 

Cinta itu sulit, sesulit perasaan aku sekarang... kahkahkah...meroyan kah aku..

Sumber : Facebook