LoVe My FrieNds

Feb 11, 2013

Sangat Kehilangan.........

Oke..suma orang BZ wat entry pasal PSY wat persembahan Ganggam Style dia waktu majlis rumah terbuka tahun baru cina kat Penang, tapi bukan aku. Sorry babe, aku malas nak ulas sebab lagu tu pun aku tak minat. Dan apa yang terjadi sewaktu konsert plak, lagi aku tak mo ulas walaupun dah tersebar kat Facebook dan Blog2. None of my business. Hohohh0... Blog aku, cuma cerita pasal diriku sahaja dan apa yang aku rasa nak luahkan. 

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni berkenaan tentang kehilanganku, sedih babe. Aku selalu bawa dia ke mana saja aku pergi. Susah aku nak tinggalkan. Berpanas, berhujan, bersusah dan bersenang bersama-sama. Dia selalu tolong aku, bila aku tak nampak. Selalu menerangiku tanpa mengira waktu siang dan malam, 24 jam. Kalau tido p0n aku bawa dia sekali tido bersama-sama. Tanpa dia, tak bermakna hari-hari aku. Sob..sob..sob....nanges. 

Erkk, jangan salah paham. Aku just kehilangan CERMIN MATA jer. Hoh0ho.. Waktu aku nak pi kenduri kawen kazen aku tu, nak lap la cermin tu. Nak bagi clear katanya. Pas tu, ntah cam mana aku kah yang ganas atau dah sampai ajal cermin mata aku ni tetiba tertanggal kat tepi. Huwaaaa.....cemas-cemas. Dh la aku tak dak backup cermin mata, kanta lekap lagi la. Nak tak nak, aku pi la kenduri kawen tanpa pakai cermin mata. Sadis siot, muka pengantin pun aku tak nampak. Hahahhaa....naseb baik aku kenal kazen aku. Dan aku buat-buat nampak saja la. Hahahaha......

Ni cermin mata aku.
Ha, tu.. Nampak tak tu. Nampak kan. Disebabkan cermin mata aku tu patah, aku nak bagi pakai bandage la. Boleh la pulihkan sedikit dan boleh pakai sementara waktu. Aku cari pelekat a.k.a solitip lain tak jumpa. Plaster ni ja la harapan terakhir. Hihihihi........ (Sengal ko Fiera). Nak pi kedai cermin mata, tutup katanya. Kan Tahun Baru Cina. So, aku buat cam ni dulu la. Sementara jer. Sekarang pun tak selesa nak pakai. Rimas jadinya. Budjet nak beli novel Fixi terpaksa dibatalkan untuk menggantikan bingkai cermin mata aku. Sedih....sob...sob...sob...Nak beli buku. Tak apa la, lain kali k Fiera somel (Pujuk diri sendiri). Terpaksa buat kos melepas. (^_^)

Dah habis cerita pasal Cermin Mata. Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada kawan-kawan yang berbangsa cina. Selalu kalau tahun baru cina kat hostel, aku selalu dapat Limau dan Kacang. Angpow je aku tak dapat. Hahahaha..... Ni adik junior yang bagi. Sebab aku rapat dengan dorang. Huhuhu..Senior kesayangan (Perasan). Daa.......Happy Holiday buat yang lain. (^_^)



0 comments: